Monday, 26 October 2015

shades of you on the 26th october

1. you would risk your life for her
2. you smile with your eyes
3. you get jealous easily
4. you wouldn't mind the imperfection
5. you are a gentleman
6. you fall asleep as the last person
7. you are a teacher in life
8. you will do anything for her
9. you eat when she already ate
10. you always be there
11. you can go shopping without complaining
12. you are adventurous to try new foods
13. you have crooked teeth
14. you lend your ears when she talked a lot
15. you borrow your shoulder when she lost her soul
16. you pad her head when she behave
17. you play with her cheeks until she blushed
18. you hold her hands at the right time
19. you love vanilla
20. you make yourself love chocolate because she loves chocolate
21. you do something with your eyebrows
22. you always made her day
23. you need her more than she needs you
24. you love her more than anything
25. you miss her everyday without failed
26. you are the miracle of her life

Thursday, 22 October 2015

dua. satu.


harini. genap dua puluh satu tahun aku hidup. Alhamdulillah syukur ya Allah.

tepat jam 0000 handphone berbunyi. ada incoming call. dia rupanya. aku jawab. serta merta terus dengar suara sumbang dia gigih menyanyikan lagu happy birthday untuk aku. dia pecah rekod. orang first wish untuk aku harini. even aku sendiri pun tak sempat nak wish kat diri sendiri.

"nanti tengok insta." katanya.

...

ayat second last dia untuk aku. buat aku tersengih sendiri. 
'let my love overflow upon you on your birthday sayang.'

ayat last dia. buat aku sengih sampai sekarang.
'out of the people in the world, my heart chose you, one who has all the features that my heart requires.'

aku call dia semula. dan aku. dia. berserta malam. lena dibuai mimpi.

mama pun ada wish. ayat yang pendek dan padu.
'happy birthday kaklong. jaga iman. jaga hati. jaga solat. apa jua kerana Allah.'

ayah pun sama. walau jauh di negara jiran.
'happy birthday kaklong. moga jadi insan yang berguna, anak yang solehah, berjaya dunia akhirat. ayah sayang awak.'

wishes from my friends. jauh ke dekat. mana yang ingat. thousands of thank you.

tokwan pun ada call tadi. tokwan siap nyanyi. sebak rasa. borak borak sikit. minta petua nak berjaya jugak. haha.

bila aku fikir balik. ramai je insan yang sayang aku. kadang kadang aku je alpa. hanyut dibawa arus kehidupan. hidup yang penuh dugaan ini. mungkin. aku tak punya ramai kawan. tapi aku pasti. aku punya insan yang aku sayang. dan sayang aku balik. 

wish dari aku. untuk aku.
'happy october alia. happy twenty second of october. a year older a year wiser. stay beautiful. stay strong. love your family. love aliffahmi. love yourself.'

perjalanan aku masih jauh. pengalaman dulu. jatuh bangun aku. jadikan aku yang sekarang. untuk dia. yang paling rapat dengan aku. terima kasih atas segalanya.

tulus ikhlas, A.

Sunday, 18 October 2015

pasal Af V

Harini. Aku revise after zohor. Perghhh mengantok dia tahap aku tengah baca notes pun boleh terlelap dah siap mimpi. Position badan still sama. Sit straight. Hands holding notes Parah tak parah tu. Tengah tengah baca tu suddenly teringat time diploma. If lepas zohor aku nak study. Aku mesti ajak Af. Dan dia tak pernah say no. Always yes aje. Sporting kan?

Janji dengan Af pukul dua. Dua setengah baru bangun tidur. Ada one time tu Af sampai call roomate aku suruh kejutkan aku. Dia tak marah. Dia tunggu je aku bersiap. Tengok tengok pukul tiga baru sampai library. Aku time diploma boleh tahan lah pergi library. Sebab?

Satu. Meja belajar dalam bilik aku bersemut.
Dua. Dapat roommate yang perangai macam tahi.
Tiga. Aku nak internet. Hahahaha.
Bonus. Aku nak jumpa Af. *gatai*

Okay back to Af. Dah lah aku sampai lambat. Aku siap boleh tanya. "Lama ke tunggu?" Af jawab "tak. Satu jam je tunggu." Lahaiii kau tak marah pun. If aku tunggu orang satu jam. Memang dah kena maki. Takpun aku blah je. 

While studying with Af at the library. Aku pun dah start mengantuk. Dia yang selalu bagi semangat kat aku. Selalu cakap "baca sikit je lagi. Sikit je lagi." Dia punya 'sikit je lagi' tu alih alih dah satu jam lebih aku baca. Okay cukup. Aku study ada had limit. Dua jam je. Tak lebih tak kurang. Ngam ngam.

Bila kat sini. Takde hati lagi aku nak study kat library. Sebab?

Satu. Library jauh. Doploh minit nak ke sana. Pergi sahaja.
Dua. Bilik aku dah okay.
Tiga. Ada internet kat bilik.
Empat. Af takde kat sini. Siapa nak teman aku?

Harapkan beruk beruk itu? Tidak usah lah. Tengok diorang study pun dah serabut. Apatah lagi study bersama. Oh definitely not! Pasal beruk beruk ni next time lah cerita. Ni kan pasal Af.

Bila kat sini jugak. Aku akan selalu compare dengan zaman diploma aku. Especially tahun akhir. Sebab waktu tu dah kenal dengan Af.

Af selalu dan selalu dan selalu. Actually setiap masa bagi semangat kat aku untuk survive kat sini. Lima tahun weh. Lima tahun untuk aku survive. Aku boleh buat kan Af? Takpayah pedulikan beruk beruk tu kan? 

Af, kau percaya aku boleh buat. Kenapa tidak aku, kan?

Thursday, 8 October 2015

pasal Af IV

Biasanya kalau rasa lapar mestilah terus cari makanan. Tapi Af. Bila dia lapar mesti dia cari aku dulu. Sebab apa? Sebab dia mesti tanya aku dah makan ke belum. If aku jawab dah. Dia mita aku teman dia makan. If aku jawab belum. Dia ajak aku makan sama sama.

Sepanjang aku kenal dengan dia. Setiap kali dia nak makan. Dia mesti akan tanya soalan keramat tu. Soalan tu macam soalan wajib sebelum dia nak makan. And i bet. Dia tak pernah makan sebelum aku dah makan.

Pernah ke Af? 

Even ada masa aku dengan Af jauh. Dia akan tanya jugak aku dah makan ke belum. If belum. Dia akan pesan suruh makan. Jangan lupa dia kata. Takpun. Dia yang hantar makanan. If dah. Dia pun pergilah makan dengan senang hati.

Sebab tu aku cakap Af ni rare.