Monday, 29 June 2015

mimpi indah

Subuh. Beralih ke pagi. Siang menjelma.
Kau. Dan aku. Masih lena memejam mata.
Burung bercicit di tepi tingkap.
Matahari menyingkap di balik jendela.

Bangun duhai pujangga hati.
Waktu beradu sudah tamat.
Kembali. Mari kembali ke alam nyata.
Realiti menanti menghulur jiwa.

Buatmu cinta. Untukmu sayang.
Kuatkan dirimu. Tabahkan hatimu.
Cekalkan semangatmu.
Liku hidup bukan mudah seperti yang dikata.

Sinaran mentari kian menegak di atas kepala.
Biar panas. Sehingga bahang.
Titisan peluh. Usah kau peduli.
Janji kau tidak berputus asa di tengah jalan.

Aku. Punya cita.
Aku. Punya cinta.
Cinta yang Dia beri.
Untuk si arjuna hati.

Awan mendung dikala petang.
Langit gelap. Matahari senja turut bersembunyi.
Hujan kian turun.
Umpama butir peluru menghentam bumi.

Aku. Kau. Dongak menjamah langit.
Lihatlah bintang. Pandanglah bulan.
Terang benderang. Bagai berkerlipan.
Hitam berkontra dengan putih.

Kau. Punya cinta bersulam kasih.
Kau. Punya cita bersandarkan matlamat.
Gapailah setinggi  mampu.
Moga Dia permudahkan segalanya.

Akhir kata. Penutup bicara.
Selamat malam wahai sayang.
Doa aku untuk kita.
Agar menjadi cinta sehidup semati.

Semoga dibuai mimpi indah sang kekasih.
Melihat kau tersenyum.
Menjadikan aku.
Insan yang paling bahagia.

Thursday, 25 June 2015

parcel

"esok tunggu taw. ade barang untuk you."

"oh okay. barang ape?"

"jangan terkejut taw bila dapat nanti."


esok pagi...

"maaaa ada barang kaklong sampai tak?"

"ada. tu haaa." *tunjuk kat sofa*

"bila sampai?"

"setengah jam tadi."

"tak kejut kaklong pun." *cepat cepat bukak parcel*


jeng jeng jeng! apakah? haaaa!! aku dapat sepasang baju kurung pahang! dengan sekeping nota!
aku tahu baju tu dia beli online. sebab aku pernah tunjuk dia baju tu. sekali dengan website tu.
excited! happy! teruja! semuanyaaaa! heheheh terharu pun ada. and the best part is the note!
how can dia suruh orang online tu tulis kan? hahaha oh my sayanggggggg!

my parcel!

Saturday, 13 June 2015

adik aku

this one night. aku tengah tengok episod akhir drama melayu. haha since when i'm into drama melayu ni? entah. maybe this one is acceptable. okay back to the story. ada scene yang diorang graduate. and masing masing berkumpul dengan geng masing masing cakap 'sedihnya dah grad nanti semua dah ada haluan sendiri' 'i'll be missing you guys' 'nanti jangan lupa kan kita. janji kena ada girls date' blablabla. 

so adik aku yang bongsu cakap "nanti kaklong grad pun macam ni ke dengan kawan kawan kaklong?"

adik aku kedua yang jawab. "kaklong mane ade kawan kat universiti."

and i was like. hahahahaha. shit. hantu betul. and i give her that look.

"betul lah. siapa je yang tahan dengan kaklong?" 

"alif." i answered confidently.

not my goals during my graduation day.
my goal.
p/s: tak sabar nak grad! 

Tuesday, 9 June 2015

hutang

"aku terdesak ni. minta tolong. pinjamkan aku duit."

"kau kenapa? berapa kau nak?"

"dalam dua ratus setengah."

"aku takde banyak tu. kau nak buat ape?"

"aku ada hal sikit. nanti aku cerita. janji. berapa kau boleh bagi pinjam?"

"seratus je. tu je yang aku mampu. ni pun aku cukup cukup makan je."

"bila kau nak bank in?"

"pagi esok lah. dah lewat ni."

"bank in secepat mungkin. pagi esok taw. aku bagi no acc."

---

"aku dah bank in."

"terima kasih. kau lah kawan aku."

"sama sama. kau ni kenapa? story la."

"aku nak tolong family aku. thanks sebab percayakan aku."

"duit tu aku nak guna jugak. by hujung bulan ni kau kena bayar balik. nanti lari bajet."

"iye. aku akan usahakan."

---

"aku nak pakai duit. tolong bank in kan duit kau pinjam haritu?"

"aku dah bayar half. dua bulan lepas."

"bila? kat acc mana? kau tak inform pun. nak tengok resit."

"resit dah hilang sebab dah lama. tapi serius memang aku dah bayar half."

"aku dah check since enam bulan lepas. takde pun. kau biar betul?"

"aku tak terniat langsung nak tipu kau, memang aku dah masukkan."

"hmm kau bayar jelah lagi separuh. lusa sebelum pukul 12."

---

"bila kau nak masukkan duit? aku nak guna ni. urgent. masukkan by today."

"aku akan usahakan."

"aku tak main main ni."

"sape main main pasal duit? aku cakap aku akan bayar."

"masalahnya kau nak bayar bila? aku nak guna duit tu sekarang."

"sebab duit je kau nak pertaruhkan persahabatan kita? okay. kita kawan kot."

"if aku macam tu. dari awal kau pinjam lagi aku dah cari kau suruh kau bayar. takpun aku tak bagi kau pinjam langsung. sebab kau kawan aku lah aku tolong. even time tu aku sendiri pun cukup cukup makan je. masukkan duit esok sebelum pukul 5."

"maafkan semua kesalahan aku. aku tahu aku salah. nanti aku contact kau."

---

"kau tak masukkan duit lagi? aku nak guna duit ni. please lah."

---

...

---

entah lah. aku sedekahkan kau al-Fatihah je. itu je yang aku mampu. rasa kena betray. sumpah aku tak tipu. masa kau terdesak nak cari wang. kau cakap akulah orang last yang percaya kan kau. aku kawan kau. kawan. walhal sampai sekarang kau tak pernah cerita pun punca kau nak pinjam duit tu. padahal kau dah janji. mana janji kau tu? mana?

sekarang. time aku betul betul perlukan duit. aku kembali pada kau. kau yang berhutang dengan aku. aku cuma tuntut hak aku balik. hak aku yang lagi separuh kau kata kau dah pulang. yang masih aku tak jumpa. lagi separuh ni entah bila. mana kau saat aku terdesak? mana kau kawan? mana?

dikhianati. itu aku rasa. dan kau tak layak nak bangkitkan soal kawan pada aku. kau siapa nak cakap aku pentingkan duit dari kawan? hah? kau tu yang defensive sangat. if aku memang pentingkan duit. aku dah jadi kedekut. satu sen pun tak bagi kau pinjam. apatah lagi nak tolong kau pasal duit. fikir lah dulu bila nak sembur aku pun. kau pandai. kau bijak. Allah bagi akal guna. jangan sebab lidah. mulut berbicara. badan binasa. hati terseksa.

jujur. kau sekarang dah lain. taktau lah kau salah kawan ke. ape ke. yelah cemana aku nak tahu. nak kongsi masalah kau kat aku pun susah. macam mana aku nak tahu situasi kau kan? yang aku boleh buat sekarang is fikir logic atas ape yang kau bagitau aku. kau dah kerja. masyukk punya. sampai boleh berjalan sini sana. dah aku terfikir. setakat nak bayar hutang yang tak seberapa tu dengan gaji kau. tak luak pun. 

aku nak fikir positive. and i'm trying to be one. everything happens for reasons. last but not least. memang aku kecewa sangat sangat sangat dengan sikap kau. semua orang buat salah. including me. aku minta maaf.

i was there when you needed my help but you wasn't when i needed yours. thats the biggest difference between us.

Tuesday, 2 June 2015

library II

Pukul 7.52 pm. Sha baru siap solat maghrib. Dia masih berfikir nak pergi library ke tidak. 

'Nak pergi ke tak? Aku macam tak larat. Tapi aku nak teman dia. Siap siap jelah.'

Sha taip taip di handphone nya. "pergi lib ke malam ni? sakit kepala lagi?"

"pergi. i byk lagi nak cover. sakit lagi."

"satu sepuluh berapa?"

"lapan. if you tak larat tayah datang takpe."

"okay. tgk lah cemana."

Sha bersiap siap. dah pukul 8.15pm. Sha hantar text lagi kepada si dia.

"dah sampai lib ke? you duduk meja mane?"

"dah. tempat biasa. you datang ke?"

"tataw lagi. tengok dulu cemana." Sha sengih. Padahal dia dah siap dan dah bergerak maju ke library.

Ada text masuk ke handphone Sha. "i love you sayang."

Sha senyum baca text tu. Dia dah masuk perkarangan library. "i love you too sayang." Sha reply text si dia.

Text masuk lagi. "i wish you were here." Sha sempat baca text si dia. 

Sha berdiri betul betul di depan meja yang diduduki oleh seorang jejaka berkemeja biru muda. Dia sibuk menulis sesuatu di kertasnya.

"i am here sayang." Sha membalas dengan kata apa tertulis di text tadi.

Si jejaka mendongak. Terkejut melihat gadis berdiri di depannya. Fami tersenyum gembira. "i ingat you memang tanak datang dah."

Sha mengambil tempat duduk di depan Fami. "mestilah i datang teman my sayang ni. dah jom study."

Fami sempat berbisik "thats why i love you cinta hati." Sakit kepalanya terus beransur hilang bila 'semangat' ada depan mata.