Wednesday, 17 October 2012

beban

Tarik nafas dalam dalam. Hembus perlahan lahan. Rasa apa ? Lega ? Nahhh. Sama je. Haha.
Mula bicara. Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Final paper selesai. Hanya perlu menunggu. Debaran tidak pernah hilang. Oh result. Berserah.
Satu masalah selesai. Masalah lain masih setia menanti. Aku pasrah. Redha.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bertukar mood.
Kau.
Aku takut.
Aku takut.
Aku takut bila kau call aku.
Aku takut bila kau text aku.
Aku takut semuanya tentang kau.
Tapi kenapa aku perlu takut ?
Diam.
Tiada jawapan untuk itu.
Aku tanak jumpa kau lagi.
Aku tanak tengok muka kau.
Aku tanak ada kena mengena dengan kau.
Tidak mahu !
Jerit !
Jerit sekuat hati !
Jerit sepuasnya tapi siapa yang dengar ?
Hanya Allah.
Jeritan batinku tidak mampu dizahirkan di bumi yang nyata.
Aku geli.
Teramat sangat.
Geli geleman tahu ?
Geli yang meluat.
Geli yang jijik.
Geli yang geli lah !
Ahhh tidak mampu ditutur dengan kata kata.
Aku bodoh.
Aku cakap jujur.
Aku memang bodoh.
Kenapa dah lebih tiga tahu setengah baru aku sedar ?
Baru aku perasan yang pesanan mama dan ayah adalah yang terbaik.
Pesanan mama dan ayah adalah yang paling mujarab.
Kuasa Allah.
Aku kagum.
Sungguh kagum.
Kadangkala kita terlupa.
Semua perkara yang terjadi adalah caturan Allah.
Caturan yang paling kemas, paling sistematik, paling agung.
Aku akan sematkan peringatan ini rapi rapi dalam ingatanku.
Tapi kau.
Sentiasa menafikan.
Kau siapa nak mempertikaikan kuasa Allah ?
Aku dah minta petunjuk untuk kita berdua.
Allah dah bagi petunjuk.
Tapi bila aku bagitahu kau, kau marah.
Kau nak marah siapa ?
Marah aku ?
Marah Allah ?
Marah takdir ?
Jangan jadi manusia yang jahil.
Jangan jadi manusia yang fikir bertuankan nafsu.
Tolonglah.
Aku tekad.
Aku serik.
Kita perlukan closure.
Jadi kawan sudah memadai.
Aku tanak buat kesilapan yang sama lagi.
Cukuplah sekali.
Aku insaf.
Aku insaf Ya Allah.
Kau ?
Wallahualam.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"saya da buat solat istikharah, minta petunjuk dari Allah. banyak kali saya buat solat istikharah tu. saya dapat mimpi yang sama dua kali. mimpi yang saya takkan pernah jadi milik awak yang halal. setiap kali terjaga dari mimpi tu saya bawa mengucap dan istighfar banyak banyak. mimpi tu rasa nyata, rasa sangat real..."

"alaaa..kalau awak percaya sangat, baik suruh semua orang dalam dunia ni buat solat istikharah. biar diorang tahu nak kahwin dengan siapa, takpayah kahwin dengan siapa. senanglah hidup macam tu !"
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
tiga tahun lalu...
"awak jangan rapat sangat dengan dia, ayah dan mama tak suka. ayah cakap ada something wrong somewhere with him"

kini...
"cakap mama dan ayah memang betul. dia memang ada something wrong somewhere with him"

Aku menangis.
Menangis sepuasnya.
Nak menyesal sekarang ?
Tak guna dah.
Aku ambil iktibar.
Jadikan pengajaran.
Mudah mudahan aku tak buat kesilapan yang sama pada masa kini dan akan datang.
Mudah mudahan Ya Allah.
Ameen Ya Rabb.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
As for you.
From now on dah tak ada 'us' or 'kita' dalam kamus hidup aku.
Hidup aku hidup aku.
Hidup kau hidup kau.
Sekadar kawan sudah cukup.
Aku dah tak ketagih kasih sayang kau macam dulu.
Aku dah tak hadap cinta kau macam dulu.
Ini aku yang baru.
Bukan aku yang selalu mengharapkan kau macam dulu.
Bukan aku yang selalu bergantung kepada kau macam dulu.
Aku yang dulu dah mati.
Mati semahu mahunya.
Kau kena nulakan hidup baru juga.
Cari perempuan yang sama baya dengan kau.
Bukan aku.
Aku ulang.
Bukan aku.
Jangan buat benda sebab aku.
Tolonglah jangan.
Buatlah benda sebab Allah dan sebab diri kau sendiri.
Dan jangan buat benda bodoh.
Aku harap sangat kau faham.
Even kau tak faham atau buat buat tak faham.
By hook or by crook.
Kau kena faham.
Itu je aku minta dari kau.
Kefahaman.
Terima kasih.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
As for me.
Aku memang dah tekad.
Aku dah fikir masak masak.
I have to called it off.
I have to expect the worst from you.
Sebab kau jenis manusia yang kurang waras bila marah menguasai diri.
Suka cakap macam pokpian.
Cakap ikut kepala lutut dan bukan kepala otak.
Jika kau bagi respon yang positif.
Kau boleh terima hakikat dengan tenang.
Alhamdulillah.
Jika sebaliknya.
Hanya doa aku yang mampu iringi kau ke pangkal jalan.
Kau sendiri kena ubah diri kau dulu.
Orang lain sebagai backup je.
Terus terang aku cakap.
Aku maafkan kau selama tempoh perkenalan kita.
Segala hadiah, cenderamata, cenderahati yang aku pernah bagi kau dulu.
Kau simpanlah.
Aku bukan buruk siku.
Apa yang jadi lepas ni aku serah semuanya kepada Yang Maha Esa.
Aku pasrah.
Ya Allah, Kau kuatkanlah aku menempuhi dugaan-Mu ini.
Ameen Ya Rabb.
InsyaAllah.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
You respect me and my decision.
I'll respect yours.

Akhiri bicara dengan tasbih kaffarah dan surah Al-'Asr.

p/s : smile alia :)

Sunday, 14 October 2012

manusia III

Bismillahirrahmanirrahim.
Saat final datang menyerbu 
Seribu satu celaru datang bertalu talu.
Saat jiwa berkobar ingin cepat selesaikan apa yang patut diselesaikan
Seribu satu alasan muncul tanpa jemu.
Saat terukir senyuman di bibir
Seribu satu rintihan menghempap bergilir gilir.
Saat otak bersusah payah memerah keringat
Seribu satu suntikan adrenalin mengalir dalam badan.
Saat semuanya berjalan dengan lancar
Seribu satu kesyukuran terucap tanpa henti.

Jiwang bukan ? sampai tahap karat ? belum lagi ? Alhamdulillah.

Berkawan dengan kau adalah bonus. Aku pernah cakap. 
"awak ni tak stabil tahu ?" Berkali kali kau bilang.
Kau manusia paling ambil berat pernah aku jumpa dalam dunia selain orang tua aku.
"awak jangan lupa makan tahu ?" 
"awak jangan tidur lambat tahu ?"
"awak jangan lupa solat tahu ?"
Aku senyum dan angguk. Diam. Tergelak kecil. Kau sangat baik. Terlalu.

"hati dia lembut, bukan macam kau; keras macam batu..."
"...andaikata kau jumpa orang lain yang macam dia, aku nasihat kan kau satu je. Kau jaga lah dia elok elok sebab dia yang akan jaga kau satu hari nanti."
"...aku tak pernah tengok dia sayang orang macam ni selain family dia. Kau orang pertama yang buat dia sayang sampai macam tu sekali. Aku tak tipu bohh..."
Pabila manusia manusia lain berbicara. Aku melihat dari pelbagai sudut berbeza. Menarik.

Untuk kau, terima kasih. Untuk aku, terima kasih juga. Untuk mereka, juga terima kasih.

p/s : people change everyday but memories remains the same for your whole life.
my hero <3



Saturday, 6 October 2012

manusia II

In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

aku akan cakap dengan hati ini supaya jangan letak keinginan na jumpa dengan dia setiap hari. jangan. jangan. ingat tu hati. tolong kerjasama dengan aku. tolong. aku pohon. aku perasan sekarang. aku lagi banyak menulis di sini. normalkah ? entah. hahaha bia lah sementara berkesempatan. siapa lagi aku na cerita ? pendam seorang diri ? tidak termampu. dulu lain. sekarang lain. apa yang lain ? hanya Allah yang tahu.

waktu ini. aku rindu na jadi budak dua belas tahun. ta perlu fikir semua benda ni macam sekarang. aku rindu jadi budak sekolah. ta perlu fikir mana na cari nota lebih. aku rindu kawan di bangi. aku rindu kawan sekelas. mana aku na cari korang kat sini ? siapa yang ada kat sini ? tiada siapa. semua orang sangat asing bagi aku. terlalu asing. jika ada Alhamdulillah. jika ada pun macam biskut. sangat klise bukan ? itu manusia. bila susah semua hilang. bila senang datang berderun. alahai.

aku tetap aku. degil. hati batu. mulut tanpa insuran. apa lagi ? bagitahu aku. aku teringin na tahu. itu manusia lagi. suka cakap belakang. entah apa yang seronok tang belakang tu ? depan depan lagi senang bukan ? gentle. ahaha. aku teringin na jumpa kawan yang aku selesa berbual. aku maki dia hamun. aku gelak dia ketawa. aku tegur dia terima. aku nangis dia sedih. aku membebel dia setia mendengar. aku tengking dia jerit. aku tumbuk dia sepak terajang. aku bertepuk dia bertampar. aku gembira dia senyum. vice versa. bahagia kan hidup ada kawan macam tu ? alangkah.

p/s : pujuk hati ini. bahu jadi pengubat. air mata jatuh berderai.

manusia

In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

'i'm so sorry' kata kata yg hanya mampu aku ucap untuk kali yang ke berapa entah. berpuluh kali ? beribu kali ? berjuta kali ? tidak terkira. dia tetap terluka. hati dia tetap bengkak berdarah. salah aku. mmg salah aku. aku terlalu tajam untuk dia. kenapa ? 

awak. setiap hari awak berlari lari mencapai hati saya. awak terlalu mencuba meletakkan diri awak ditempat pertama dalam hati saya. tempat pertama semestinya tidak. keluarga adalah utama. maaf sayang. tempat kedua mungkin. ya. awak sangat bekerja keras untuk mendapatkan tempat kedua itu. dan semakin hari awak mencuba, semakin hari orang yang dahulunya bertakhta ditempat itu ditepis perlahan lahan oleh hati ini. awak punya kuasa luar biasa ? tidak. kuasa Allah. Alhamdulillah. bagaimana dengan saya ? hati saya ? hati ini keliru. celaru. buntu. 

saya. saya dah cuba melawan hati ini. tapi. kini tidak termampu lagi. maafkan saya orang lama. maafkan saya orang baru. saya cuma insan yang lemah. 

aku. aku marah dengan diri aku. kenapa gatal sangat bercinta awal awal ? padan muka kau. apa itu cinta ? bebal. tahu pun. kau mmg ta layak na bercakap pasal cinta. aku tak tahu makna cinta. jadi perasaan apa selama tiga tahun lebih dengan dia ? tell me. itu aku cakap, manusia buta. termasuk aku. diam.

setiap perkara yang berlaku pasti sebab. itu janji Allah. kita bertemu, kita berpisah. itu caturan Allah. kita siapa na memberontak begitu sekali ? kita hina. mengaku sahaja. bawa beristighfar banyak banyak. Allah Maha Esa. ingat tu. peringatan kepada aku dan orang lain.

p/s : ada rezeki kita berjumpa. ada jodoh tak ke mana.