Saturday, 28 November 2015

say iloveyou (1)

Sudah tiga hari May mengelak daripada terserempak dengan Jun. Dan dia masih lagi menjadi gadis paling pendiam dalam sekolahnya. Gadis pendiam tetapi pandai. Tu yang dia dengar budak budak di sekolah gelarnya. Ya. May memang pelajar genius. Dia terpandai dalam golongan pelajar terpandai.

May berjalan menuju library. Sekarang waktu rehat. Dia pasti Jun mahupun Agus tidak tahu dia di situ. 'diorang mana lah nak jejak kaki ke sini.' May tersengih sendiri. Sudah tiga hari berturut turut dia duduk di library apabila waktu rehat. Ternyata Jun tidak datang mencarinya. Lagi satu, library ni kan besar. Ada dua tingkat. Then ada east wing, west wing. north wing, south wing.

May melabuhkan punggungnya ke sofa di bahagian south wing. Duduk sambil kaki bersilang. Badan bersandar. Selasanya! Telinga disumbatkan earphone. Buku di tangan diselak ke muka surat yang dia berhenti. May mula hanyut dalam dunianya.

"There you are!" Satu sergahan membuat May hampir terlompat dan hampir menampar orang yang menyergahnya.

"What the hell?" Jun sedang duduk disebelahnya dengan muka ceria. Ceria macam budak budak dapat duit raya. "How do you found me?" May mencabut sebelah earphone.

"Are you avoiding me? Aku ni tak cukup handsome ke?" Jun buat muka kesian.

'whattt???' Mahu terkeluar muntah hijau dari perut May dengan soalan berani mati si Jun.

"It has nothing to do with your looks." May meneruskan pembacaannya. 'kacau je. ish'

Jun mengambil buku di tangan May. May tersentak. Terus dia menghadap badannya ke arah Jun dengan mukanya yang sudah mula merah. Garang.

"Tengah garang pun comel lagi." Jun mengusik. "Its not funny." May cuba mengambil semula bukunya. Tapi Jun lagi pantas bertindak. "Bagi lah balik." May masih cuba untuk mengambil bukunya.

"No." Jun tersenyum mengejek. "May," panggil Jun. "I love you." Jun tersenyum menampakkan giginya yang sedikit tak rata. "Nah." Dihulurnya buku itu kepada May.

Jun bangun dari sofa dan terus melangkah pergi meninggalkan May yang mati kata. Kemudian dia berhenti dan menoleh. "Anything call me." Membuat gaya 'call me' menggunakan tangannya.

May speechless. 'call me? kejadah. number fon dia pun aku takde.'

May turut bangun meninggalkan library. Waktu rehat dah tamat.

Waktu pembelajaran selepas rehat sehingga balik tidak mendapat tumpuan penuh daripada May. Dalam fikirannya masih terngiang ngiang kata yang keluar dari mulut Jun. 'i love you.'

##########

Harini hari minggu. May sedang bersiar siar di pantai. Saje ambil angin pantai. Dia singgah di kedai buku kegemarannya. Mahu membeli buku baru.

May khusyuk membelek beberapa buah buku. Ada juga buku yang sudah dikepit di bawah ketiaknya. 'mana nak beli ni? rambangnya mata.' Sedang May sibuk memilih buku. Ada sepasang mata tekun merenung May dari jarak beberapa kaki. 

Sudah lima buah buku digenggamannya. 'tapi dia offer dia 4 buku 60. hmm. letak balik lah yang ni.' May beratur untuk membayar. Dia tertoleh ke luar tingkap. Dup! Ada eye contact antara May dan seorang lelaki lewat 30-an. Lelaki itu tersengih kepadanya. Sengihan yang creepy. Terus May mengalihkan pandangan ke depan. Memandang cashier. 'shit! wtf was that?'

May melangkah keluar dari kedai buku. Matanya sempat melilau kot kot ada lagi lelaki creepy tu. 'Fuhh selamat. Yeahh! I got my books! Need to feed my tummy.' May berjalan lagi mencari tempat makan yang menarik. Dia taknak mood weekendnya spoil sebab jantan gila tu. 

Sudah lebih 10 minit May berjalan sekeliling pantai. Tiada gerai menarik untuk disinggah. Dalam masa yang sama. Sudah lebih 10 minit juga lelaki di luar tingkap kedai buku tadi mengekori May. May tidak perasan sehingga dia membuat u-turn secara mengejut. Dan untuk kali kedua mata mereka bertentangan. Lelaki itu terkejut dan berpura pura tidak perasankan May. 

'May. jangan gelabah. rileks. jalan terus lepas tu belok lepas tu belok lagi. dan belok lagi. fon aku mana fon?' May cepat cepat mengeluarkan handphonenya. Berlakon seperti on the phone. Tangannya lagi satu masih memunggah beg mencari benda tajam sebagai senjata. 'semua buku dalam ni' tangannya masih pantas memunggah sambil mata melilau. 'shit! he's still following me?'

May berlagak cool. Dia berhenti di tengah tengah orang ramai. Memang sekarang May in a defense mode. Otaknya ligat berfikir. Tangan kanan ada kunci rumah. Tangan kiri ada fon. 'Nak call siapa? mom outstation. think May think!' Lelaki creepy masih kelihatan 30 kaki dari May. Berpura pura membeli roti hotdog. 'jantan miang. hah! zirafah!' May cepat cepat cari buku lamanya. Dibelek muka surat satu per satu. 'where it is? aku nak call kau ni zirafah! found it!'

"Hello Jun. Its May."

"May! Oh my god! You called me! I've been waiting for you to call. So whats up?"

"Can you help me?"

"May, are you okay?" Jun sudah mula cuak. "Where are you?"

"Kat pantai. Can you..."

"Stay where you are. Aku sampai kejap lagi. Stay tau May."

Talian diputuskan.

May menarik nafas lega. Matanya meninjau keadaan sekeliling. Selagi lelaki itu tidak terlalu rapat dengannya, May rasa dirinya masih selamat. 

Lelaki itu sedang berdiri berhampiran lampu pantai. Jauh daripada kerumunan orang ramai. Tetapi pandangannya tetap menuju kepada May. May menarik perhatiannya sejak dua minggu yang lalu. Dia memang suka budak perempuan muda yang kulit mulus. 

"Bila kau nak jadi lauk aku ni?" Lelaki itu mengomel sendirian. "Aku kena bertindak sekarang. Budak perempuan tu tengah diri sorang sorang. Baby, abang datang ni!" Lelaki itu mula mengorak langkah ke arah May. Langkahnya terhenti apabila ada jejaka mendekati May dan terus memeluk May. "Patah balik, patah balik..."

"Jun, kenapa kau peluk aku?" May bercakap dalam pelukan Jun.

"Ssshhhhh..." Jun memandang tepat ke mata seseorang.

"Patah balik, patah balik. Alamak! Dia pandang aku pulak!" Lelaki itu terus beredar dengan perasan cuak, hati yang kecewa, dan nafsu yang membuak buak marah. "Celaka! Terlepas lauk aku. Kena cari lain lah ni! Hish sial ah!" Dia terus masuk ke dalam kereta dan memecut laju meninggal pantai.

"Jun?" May sudah mula rimas. Lemas pun ada.

"Aku tak boleh nafas dah ni."

"Eh sorry sorry. Lelaki tak guna tu dah blah." Dia melepaskan pelukannya. 'wanginya rambut kau May. Harum semerbak.'

"How'd you know it was him?" 

"My instinct." Perlahan lahan Jun cuba memegang tangan May. 'please jangan reject, please'

May perasan apa yang Jun cuba lakukan. Dia biarkan saja. "Thanks for coming. If not aku taktahu nak balik cemana." Pegangan tangan Jun dibalas. Jun senyum. 'yes! one step closer.'

"No biggie lah. Tu pun nasib aku free. Terus shoot datang sini tau."

"Honestly, aku tak expect sangat pun kau datang."

"Why?" Jun berkerut sedikit.

"Sebab kita kan baru kenal. Aku pun macam nak avoid kau. And suddenly kau ada at the most crucial time." Suara May kedengaran sebak.

"Hey hey hey," Jun memegang dagu May "look at me, big girl dont cry okay?"

Cepat cepat May memotong "Aku tak nangis lah! Just benda macam tu first time kena kat aku."

Untuk kali pertama Jun nampak the other side of May. May yang sombong dan bisu dah takde, Ni May yang a lil' bit fragile, a lil' bit open, a lil' bit talkative. "Kau selalu datang sini?" Jun ubah topik.

May mengangguk.

"Sorang?"

May mengangguk lagi.

"Thats why kau kena macam tu. Next time nak datang sini ajak aku. Paham?"

May angguk. "Tapi kenapa kau?"

"Dah tu kau nak jalan sorang lagi? Lagipun kau ada kawan ke?" Jun menganjing sambil tergelak sikit.

"Macam takde. Sial kau bahan aku." Papp! Setepek penampar dilengan Jun. May pun tergelak sekali.

"May," Jun memanggil lembut. May mengangkat kening. "kau ada lah kawan. Aku." 

"Jom makan!" May mengajak Jun. Dia tersenyum.

Entah kenapa hatinya sedikit lega dengan kehadiran Jun untuk kali ini.


Sunday, 22 November 2015

say iloveyou (prolog)

May. Budak sekolah menengah tinggi. Seorang yang pendiam. Terlalu pendiam sampai takde sorang pun pelajar di sekolahnya yang pernah dengar dia bercakap.

Pada masa yang sama. Jun. Pelajar lelaki termacho di sekolah. Pelajar tingkatan enam atas. Atlet sekolah untuk sukan memanah. Badan yang tinggi lampai. Muka kacukan jepun-melayu. Kegilaan gadis gadis di sekolahnya, juga gadis gadis di sekolah lain.

May berjalan keluar kelas menuju ke koridor. Membuang pandang ke bawah. 'bosannya. kenapalah semua perempuan tergila kan mamat zirafah tu?' Dia melihat sekumpulan pelajar perempuan terjerit jerit gedik apabila Jun berjalan depan mereka. 'meluat aku.' May masuk kembali ke dalam kelas.

May mengelap blackboard sambil earphone disumbatkan ke dua belah telinganya. Sambil dia asyik mendengar lagu. Ada benda mungkin orang yang menolaknya dari belakang. Dia tersungkur depan blackboard. Jatuh hampir meniarap. 'sial. sape tolak aku ni?' Dia bangun perlahan. Tapi tidak menoleh kepada si penolak.

"Eh sorry, tak perasan tadi terlanggar." Suara budak lelaki meminta maaf. May kenal suara tu. 'classmate aku. Agus.' Terus May keluar daripada kelas tanpa mempedulikan lelaki di sebelah Agus.

"Aku dah cakap. Dia mana nak bercakap. Sepatah haram pun susah nak dengar dia bersuara. Dah kena tolak jatuh tersungkur pun tak jerit. Tak marah. Spesis pelik ni." Agus menyiku lengan Jun. Jun tersengih. "Menarik." Nampaknya usahanya gagal nak berinteraksi dengan May.

"Aku balik class dulu. Nanti jumpa tempat biasa lepas class." Jun blah dari class Agus.

Sedang Jun berjalan menuju ke kelasnya. Dia ternampak gadis berambut ikal paras pinggang yang di ikat satu. Kemas. Gadis yang Agus 'ter'langgar tadi. Gadis itu May. Menuju ke arahnya sambil matanya sibuk membaca buku di tangan. May tidak perasan kehadiran Jun yang hanya 10 cm dihadapannya. Dan... Bump!

"Sorry! Leka baca buku tadi." May mengutip bukunya di sudut koridor. Dia tidak melihat siapa yang dilanggarnya. Atau apa yang melanggarnya. Tapi dia tahu itu salahnya. Baca sambil berjalan. Siapa yang ajar entah.

Jun terkesima. May bersuara! Merdunya suara May. Lunak mendayu. Walaupun May hanya sebut lima patah perkataan je. "Its okay. Do you mind?" Jun menghulur tangan. May mendongak. 'zirafah!'

May teragak agak mahu menyambut huluran itu. 'nak ke tak? nak ke tak?' Dan akhirnya tangan Jun digapainya. "Thanks." Balasnya sepatah. Terus May cepat cepat tarik tangannya dari pegangan tangan Jun. Suasana diam.

"Err. Aku Jun." Jun hulur tangan sekali lagi. Tanda perkenalan. May pandang tangan Jun. Kemudia matanya beralih ke muka Jun. Dia nampak Jun senyum. 'not bad' hatinya berbisik nakal.

"Aku May." Huluran tangan Jun berbalas.

"Aku tahu."

"Aku pun tahu kau Jun." Riak wajah Jun terkejut. "Kau tahu aku? Kau tahu aku wujud kat sekolah ni?" May ketawa dengan soalan Jun. 'mestilah aku tahu. bodoh.' "Aku pun pelajar kat sekolah ni. Kau kan atlet sekolah."

May mula bergerak menuju ke kelasnya. Tanpa sedar, Jun mengiringi di sebelah. "Aku teman kau balik kelas." May diamkan sahaja. "Tadi sorry sebab Agus terlanggar kau." Jun mengumpan perhatian May.

May toleh ke arahnya. Muka hendak bertanya.

"Aku ada sebelah Agus tadi."

'oh. patutlah dia tahu. dia tengok aku tersungkur? damn. jatuh saham.'

Mereka tiba di depan class May. 5 Sains. "Bye." May cepat cepat masuk kelas

###########

"Aku bercakap dengan May kat sekolah tadi."

Agus tersedak. "Kau biar betul? Aku classmate dia ni, tak pernah dengar pun dia bersuara." Milo ais ikat tepi disedut dalam. Ah nikmatnya. Angin bayu pantai lembut menyapu muka Agus.

Tempat lepak Jun dan Agus selepas habis sekolah. Tepi pantai.

"Aku rasa aku nak confess lah..."

"Kat sape? May? Kau biar betul? Tunggu lama sikit lah."

"Dah cukup lama aku tunggu dia Gus." Jun membuang pandang ke laut sambil tangannya rancak menari nari di atas pasir pantai. Memang. Sudah lama dia cuba mengambil peluang untuk berinteraksi dengan May. Bermacam cara dia cuba. Bermula dengan belajar bersungguh sungguh untuk masuk satu sekolah dengan May. Tingkatan empat baru dia dapat tawaran masuk sekolah elit bestari ni. Semata mata untuk dekat dengan May.

Kali pertama dia melihat May adalah sewaktu di pasar pantai. Gadis dengan dress sleeveless paras lutut. Tidak terlalu seksi. Topi pantai besar menutupi kepalanya. Rambut ikal mayang paras dada dibiar lepas. Perfect! Dia sedang khusyuk membelek buku buku novel indie di salah satu kedai di pasar pantai. Jun menghampiri gadis itu...

"Bila kau nak confess?" Lamunan Jun terhenti. "Esok kot."

##########

May berdiri di luar kelas di kaki lima. Telinganya disumbatkan earphone. Bahunya dicuit lembut. May menoleh. Dan Jun berdiri betul betul dibelakangnya. Terlalu rapat!

'fuhh nasib baik tak tercium zirafah ni.' May berundur sedikit. 'kau dah masuk private space aku.'

Jun kaku. "Emm kau ada masa?" May angkat kening.

"Jom ikut aku. Aku benda aku nak cakap." May angguk. Dia berjalan mengikut Jun. 

Diam.

Jun dihadapan sudah macam cacing kepanasan. 'nak bagi tahu harini ke? ke takpayah? mood dia macam tak okay je. dia diam je.'

Jun berhenti mengejut. May dibelakang Jun tidak perasan dan terlanggar Jun. 'aduh! berhenti tak bagi signal. tapi. bau dia. menyamankan.'

"Kenapa kau berhenti ni?" May membetulkan rambutnya. Kusut sikit lepas terlanggar belakang Jun.

Jun menoleh melihat May. "Aku..."

"Aku..." May angkat kening.

'nak cakap ke tak ni?'

"Aku..." 

"Aku aku aku, kau nak bagitahu aku ape sebenarnya?" 

"..." Jun sudah hilang arah. 'ah celaka kau lidah. nak kelu pulak.'

"Muka kau merah! Oh shit jangan cakap kau..."

"Aku suka kau!"

Mp3 di tangan May jatuh ke lantai. Seluruh derianya tidak berfungsi dengan baik. Semuanya senyap. Semuanya statik. Dia hanya nampak muka Jun dihadapannya. Muka Jun yang kemerah merahan. 'apa yang kau cakap ni Jun?' 

"May?" Jun melambai lambai depan muka May.

"Kau jangan main main. Aku tak suka. Benda ni tak kelakar." May mula mengatur langkah mahu pergi.

"Aku tak main main. Benda ni serious. Aku tunggu jawapan kau!" Jun melaung. Pandangannya mengekori kelibat May yang semakin menghilang. Dia tersenyum lega.

##########

bersambung...

Saturday, 21 November 2015

nikmat sakit

sakit. sebenarnya satu nikmat.
sebab apa?
sebab bila kau sakit. akan ada orang tertentu yang akan jaga kau.

macam aku. bila sakit. aku ada dia. dan mama.
tu je. dah cukup.

sampai satu tahap. dia cakap.
dia selalu doa biar dia yang sakit. bukan aku. 
sebab dia tahu. bila aku sakit. aku rapuh.

tu nikmat sakit bagi aku,
dia ada. selalu.

Monday, 16 November 2015

my goal

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah ya Allah!

Finally, i am officially a fresh graduate in diploma in science. *a biground of applause*

Aku dah grad weh. Still cant believe it! Haaaaaa serious shit nak senyum sampai telinga.

Oh ye, still remember my goal? Satu je goal aku masa grad. This!

we did it love!
Sayang, janji kita sudah tertunai. Moga rasa rendah diri selalu ada dalam diri kita. Semoga.

To you who stood by me for better or for worst, through sadness and happiness. Only Allah will repay your kindness. I am so blessed to have you in my life. Please do stay with me till the end. Now, our journey for diploma had just ended. But there's a new beginning for degree lies ahead of us. Your name would never slip away in my prayers. Never. Iloveyou to the moon and back Alif Fahmi Aziz.

Mama and Ayah. The best parents ever! Thanks for your infinity effort in raising me up. To be a better person every single day. Your prayers are my strength. *teary*

Also thank you who wished me congratulations. I appreciate it. 

Lastly, to me. 
Dearest A, i am so proud of you. Aim higher and maintain your achievement. Frankly speaking, degree life is wayyyyy more tougher than diploma. Especially the students itself. I know you can survive bravely. You can grad on time with wonderful flying colors. Iloveyou.

With love, Sharifah Alia Shahira Sharulmizam.

Monday, 9 November 2015

counting days

aku menghitung hari. untuk apa? macam macam event aku rasa.
start with progress test aka PT.
then my CONVOCATION DAY!
followed by photo shoot session for KurniaCat Collection.

may Allah ease everything. Aameen.

aku excited nak convo. but at the same time.
aku cuak nak pt ni.
lepas tu aku excited balik nak launch my collection!
MUAHAHAHA

okay dah bye. jom tido jom Af. *kibas kibas tilam*