Wednesday, 30 December 2015

kata kata

aku masih ingat lagi kata kata sorang ni. waktu tu aku berselisih dengan dia and as always aku just acknowledge jelah dia. and suddenly dia cakap kat aku "budak dekan memang takde kawan eh?"

aku just senyum je pastu blah. haha aku fikir time tu. asal la dia cakap camtu? sebab aku selalu jalan sorang sorang ke? obvious ke aku takde kawan? tapi aku rasa aku kawan je dengan semua orang. kawan ke? more like kenalan kot. if kawan boleh buat bincang deep and surface. so far waktu diploma sorang dua jelah aku boleh deep talk ape semua.

lately ni. dengar cerita sipolan ni dah quit degree dia. and aku ternampak dia dok post gambar dia and kawan kawan dia yang waktu diploma tak bertegur pun tetiba jadi geng waktu degree (sebelum dia quit). haha lawak weh. nampak sangat tak boleh survive sorang sorang. lepas tu ada hati nak tegur aku jalan sorang sorang. sukahati aku lah. aku senang macam tu. 

dan untuk orang yang waktu diploma sibuk bergeng geng ni. masuk degree semua berpecah. lepas tu bersepah sepah tweet, insta, status fb tulis "cant survuve here. takde kawan." "rindu kawan kawan diploma, sini sorang geng pun xde." "semua dah tak macam dulu. makan pun sorang sorang." aku baca. aku gelak. weh. semua benda yang korang dok tulis tu. aku dah rasa diploma dulu. takdak apa. still survive je lagi. Alhamdulillah.

tu lah. next time nak tegur orang. indeed niat kau nak bergurau. fikir dulu. ye memang aku dekan. ye memang aku jalan sorang. tapi aku dapat anc. kau dapat? 

bukan aku nak riak. jauh sekali. just bila nak compare life diploma and degree. classmates aku kat degree ni lagi teruk daripada yang kat diploma. serius taktipu. sebab tu i am so thankful that Allah have set my ways during diploma to be lone ranger. but still i have friends. budak budak taekwondo. budak budak kos lain. and paling aku bersyukur aku jumpa Af. dia dah cukup untuk aku as a friend, bestfriend, boyfriend, teacher, partner, lover, semua lah.

satu je aku nak cakap. semua kata kata yang siapa siapa pernah bagitahu aku. aku ingat. sampai bila bila. yang buruk aku jadikan pengajaran. yang aku kira baik aku jadikan pedoman.

p/s: good luck final Af! good luck untuk aku jugak esok pagi. Allah always with us.

p/s/s: serious shit sg buloh ni pelik. class-final exam- class. haha bye.

Tuesday, 29 December 2015

pasal Af VI

Maaf sebab dah lama like lmost sebulan tak update blog. Af pulak peminat setia yang tiap tiap hari usha blog aku. Dia cakap setiap kali bukak blog aku dia mesti bersin. Berhabuk katanya. Dasar sakarstik.

Aku makan lauk ayam harini. Tapi tu bukan aku nak cerita. Hahah. Ok hambar. 

Ni haaa. Aku nak cerita pasal Af ni. Af kan. Dia selalu sangat save lauk dia untuk aku time makan. Sebab apa? Sebab aku ni tak reti nak catu lauk. Aku dah amek nasi sikit dah. Ikan punya lah besar. Last last ikan habis dulu. Banyak kali dah aku try catu. End up, ikan habis dulu. Ayam habis dulu. Tu waktu diploma lah.

Waktu degree ni. Aku try catu jugak. Hahaha sekali dua je nasi habis dulu. Selalunya lauk ikan habis dulu. Af mana ada dah nak save lauk untuk aku. Dia jauh. Huhuhu. And everytime lepas makan, aku cerita kat Af. Dia boleh pulak bantai gelak. Entah apa yang lawak aku pun taktau. 

Af Af. Mudah terhibur awak ni. Mujibur mariii!!! Hahahah okbye *kiss*

Monday, 7 December 2015

jaga

kalau kau jumpa lelaki yang sanggup buat apa saja untuk kau.
this is not 'literallt literally' things.
ni yang memang sanggup buat apa saja untuk kau.
contohnya--
dia sanggup pergi beli buku limited edition.
yang hanya di cetak tiga ribu unit seluruh Malaysia.
dia sanggup cari dan beli buku tu untuk kau.
despite he was tired due to commitment he has.
kau jaga dia elok elok.
that's all.

sebab--
aku dah jumpa lelaki yang sanggup buat apa saja untuk aku.
walaupun bagi orang lain remeh - pergi cari buku limited edition.
at one point.
dia berjaya cari buku yang dah tak dijual dipasaran.
dia masuk black market.
bila black market. harga pun black market lah.

satu je aku pesan kat diri aku.
jaga dia elok elok.

Wednesday, 2 December 2015

escapism

pernah rasa nak lari?
rasa nak lari ke mana saja asal kau lari. pernah?
aku pernah. 
aku selalu rasa nak lari dari apa apa yang tak menyenangkan.
bukan lari selamanya.
cuma.
hanya mahu temporary escape.

contoh?
aku nak lari dari asyik belajar je.
tengok orang belajar pun stress doh!
how?
aku baca buku selain academic books.
aku baca buku indie.
aku dalam dunia aku.
pergh.
escapism terindah.

contoh lain?
aku berborak lama dengan dia.
pasal entah apa apa yang menarik.
perkara yang aku dengan dia je paham.
dan kami ada dalam dunia kami.
escapism.
cukup indah.

Saturday, 28 November 2015

say iloveyou (1)

Sudah tiga hari May mengelak daripada terserempak dengan Jun. Dan dia masih lagi menjadi gadis paling pendiam dalam sekolahnya. Gadis pendiam tetapi pandai. Tu yang dia dengar budak budak di sekolah gelarnya. Ya. May memang pelajar genius. Dia terpandai dalam golongan pelajar terpandai.

May berjalan menuju library. Sekarang waktu rehat. Dia pasti Jun mahupun Agus tidak tahu dia di situ. 'diorang mana lah nak jejak kaki ke sini.' May tersengih sendiri. Sudah tiga hari berturut turut dia duduk di library apabila waktu rehat. Ternyata Jun tidak datang mencarinya. Lagi satu, library ni kan besar. Ada dua tingkat. Then ada east wing, west wing. north wing, south wing.

May melabuhkan punggungnya ke sofa di bahagian south wing. Duduk sambil kaki bersilang. Badan bersandar. Selasanya! Telinga disumbatkan earphone. Buku di tangan diselak ke muka surat yang dia berhenti. May mula hanyut dalam dunianya.

"There you are!" Satu sergahan membuat May hampir terlompat dan hampir menampar orang yang menyergahnya.

"What the hell?" Jun sedang duduk disebelahnya dengan muka ceria. Ceria macam budak budak dapat duit raya. "How do you found me?" May mencabut sebelah earphone.

"Are you avoiding me? Aku ni tak cukup handsome ke?" Jun buat muka kesian.

'whattt???' Mahu terkeluar muntah hijau dari perut May dengan soalan berani mati si Jun.

"It has nothing to do with your looks." May meneruskan pembacaannya. 'kacau je. ish'

Jun mengambil buku di tangan May. May tersentak. Terus dia menghadap badannya ke arah Jun dengan mukanya yang sudah mula merah. Garang.

"Tengah garang pun comel lagi." Jun mengusik. "Its not funny." May cuba mengambil semula bukunya. Tapi Jun lagi pantas bertindak. "Bagi lah balik." May masih cuba untuk mengambil bukunya.

"No." Jun tersenyum mengejek. "May," panggil Jun. "I love you." Jun tersenyum menampakkan giginya yang sedikit tak rata. "Nah." Dihulurnya buku itu kepada May.

Jun bangun dari sofa dan terus melangkah pergi meninggalkan May yang mati kata. Kemudian dia berhenti dan menoleh. "Anything call me." Membuat gaya 'call me' menggunakan tangannya.

May speechless. 'call me? kejadah. number fon dia pun aku takde.'

May turut bangun meninggalkan library. Waktu rehat dah tamat.

Waktu pembelajaran selepas rehat sehingga balik tidak mendapat tumpuan penuh daripada May. Dalam fikirannya masih terngiang ngiang kata yang keluar dari mulut Jun. 'i love you.'

##########

Harini hari minggu. May sedang bersiar siar di pantai. Saje ambil angin pantai. Dia singgah di kedai buku kegemarannya. Mahu membeli buku baru.

May khusyuk membelek beberapa buah buku. Ada juga buku yang sudah dikepit di bawah ketiaknya. 'mana nak beli ni? rambangnya mata.' Sedang May sibuk memilih buku. Ada sepasang mata tekun merenung May dari jarak beberapa kaki. 

Sudah lima buah buku digenggamannya. 'tapi dia offer dia 4 buku 60. hmm. letak balik lah yang ni.' May beratur untuk membayar. Dia tertoleh ke luar tingkap. Dup! Ada eye contact antara May dan seorang lelaki lewat 30-an. Lelaki itu tersengih kepadanya. Sengihan yang creepy. Terus May mengalihkan pandangan ke depan. Memandang cashier. 'shit! wtf was that?'

May melangkah keluar dari kedai buku. Matanya sempat melilau kot kot ada lagi lelaki creepy tu. 'Fuhh selamat. Yeahh! I got my books! Need to feed my tummy.' May berjalan lagi mencari tempat makan yang menarik. Dia taknak mood weekendnya spoil sebab jantan gila tu. 

Sudah lebih 10 minit May berjalan sekeliling pantai. Tiada gerai menarik untuk disinggah. Dalam masa yang sama. Sudah lebih 10 minit juga lelaki di luar tingkap kedai buku tadi mengekori May. May tidak perasan sehingga dia membuat u-turn secara mengejut. Dan untuk kali kedua mata mereka bertentangan. Lelaki itu terkejut dan berpura pura tidak perasankan May. 

'May. jangan gelabah. rileks. jalan terus lepas tu belok lepas tu belok lagi. dan belok lagi. fon aku mana fon?' May cepat cepat mengeluarkan handphonenya. Berlakon seperti on the phone. Tangannya lagi satu masih memunggah beg mencari benda tajam sebagai senjata. 'semua buku dalam ni' tangannya masih pantas memunggah sambil mata melilau. 'shit! he's still following me?'

May berlagak cool. Dia berhenti di tengah tengah orang ramai. Memang sekarang May in a defense mode. Otaknya ligat berfikir. Tangan kanan ada kunci rumah. Tangan kiri ada fon. 'Nak call siapa? mom outstation. think May think!' Lelaki creepy masih kelihatan 30 kaki dari May. Berpura pura membeli roti hotdog. 'jantan miang. hah! zirafah!' May cepat cepat cari buku lamanya. Dibelek muka surat satu per satu. 'where it is? aku nak call kau ni zirafah! found it!'

"Hello Jun. Its May."

"May! Oh my god! You called me! I've been waiting for you to call. So whats up?"

"Can you help me?"

"May, are you okay?" Jun sudah mula cuak. "Where are you?"

"Kat pantai. Can you..."

"Stay where you are. Aku sampai kejap lagi. Stay tau May."

Talian diputuskan.

May menarik nafas lega. Matanya meninjau keadaan sekeliling. Selagi lelaki itu tidak terlalu rapat dengannya, May rasa dirinya masih selamat. 

Lelaki itu sedang berdiri berhampiran lampu pantai. Jauh daripada kerumunan orang ramai. Tetapi pandangannya tetap menuju kepada May. May menarik perhatiannya sejak dua minggu yang lalu. Dia memang suka budak perempuan muda yang kulit mulus. 

"Bila kau nak jadi lauk aku ni?" Lelaki itu mengomel sendirian. "Aku kena bertindak sekarang. Budak perempuan tu tengah diri sorang sorang. Baby, abang datang ni!" Lelaki itu mula mengorak langkah ke arah May. Langkahnya terhenti apabila ada jejaka mendekati May dan terus memeluk May. "Patah balik, patah balik..."

"Jun, kenapa kau peluk aku?" May bercakap dalam pelukan Jun.

"Ssshhhhh..." Jun memandang tepat ke mata seseorang.

"Patah balik, patah balik. Alamak! Dia pandang aku pulak!" Lelaki itu terus beredar dengan perasan cuak, hati yang kecewa, dan nafsu yang membuak buak marah. "Celaka! Terlepas lauk aku. Kena cari lain lah ni! Hish sial ah!" Dia terus masuk ke dalam kereta dan memecut laju meninggal pantai.

"Jun?" May sudah mula rimas. Lemas pun ada.

"Aku tak boleh nafas dah ni."

"Eh sorry sorry. Lelaki tak guna tu dah blah." Dia melepaskan pelukannya. 'wanginya rambut kau May. Harum semerbak.'

"How'd you know it was him?" 

"My instinct." Perlahan lahan Jun cuba memegang tangan May. 'please jangan reject, please'

May perasan apa yang Jun cuba lakukan. Dia biarkan saja. "Thanks for coming. If not aku taktahu nak balik cemana." Pegangan tangan Jun dibalas. Jun senyum. 'yes! one step closer.'

"No biggie lah. Tu pun nasib aku free. Terus shoot datang sini tau."

"Honestly, aku tak expect sangat pun kau datang."

"Why?" Jun berkerut sedikit.

"Sebab kita kan baru kenal. Aku pun macam nak avoid kau. And suddenly kau ada at the most crucial time." Suara May kedengaran sebak.

"Hey hey hey," Jun memegang dagu May "look at me, big girl dont cry okay?"

Cepat cepat May memotong "Aku tak nangis lah! Just benda macam tu first time kena kat aku."

Untuk kali pertama Jun nampak the other side of May. May yang sombong dan bisu dah takde, Ni May yang a lil' bit fragile, a lil' bit open, a lil' bit talkative. "Kau selalu datang sini?" Jun ubah topik.

May mengangguk.

"Sorang?"

May mengangguk lagi.

"Thats why kau kena macam tu. Next time nak datang sini ajak aku. Paham?"

May angguk. "Tapi kenapa kau?"

"Dah tu kau nak jalan sorang lagi? Lagipun kau ada kawan ke?" Jun menganjing sambil tergelak sikit.

"Macam takde. Sial kau bahan aku." Papp! Setepek penampar dilengan Jun. May pun tergelak sekali.

"May," Jun memanggil lembut. May mengangkat kening. "kau ada lah kawan. Aku." 

"Jom makan!" May mengajak Jun. Dia tersenyum.

Entah kenapa hatinya sedikit lega dengan kehadiran Jun untuk kali ini.


Sunday, 22 November 2015

say iloveyou (prolog)

May. Budak sekolah menengah tinggi. Seorang yang pendiam. Terlalu pendiam sampai takde sorang pun pelajar di sekolahnya yang pernah dengar dia bercakap.

Pada masa yang sama. Jun. Pelajar lelaki termacho di sekolah. Pelajar tingkatan enam atas. Atlet sekolah untuk sukan memanah. Badan yang tinggi lampai. Muka kacukan jepun-melayu. Kegilaan gadis gadis di sekolahnya, juga gadis gadis di sekolah lain.

May berjalan keluar kelas menuju ke koridor. Membuang pandang ke bawah. 'bosannya. kenapalah semua perempuan tergila kan mamat zirafah tu?' Dia melihat sekumpulan pelajar perempuan terjerit jerit gedik apabila Jun berjalan depan mereka. 'meluat aku.' May masuk kembali ke dalam kelas.

May mengelap blackboard sambil earphone disumbatkan ke dua belah telinganya. Sambil dia asyik mendengar lagu. Ada benda mungkin orang yang menolaknya dari belakang. Dia tersungkur depan blackboard. Jatuh hampir meniarap. 'sial. sape tolak aku ni?' Dia bangun perlahan. Tapi tidak menoleh kepada si penolak.

"Eh sorry, tak perasan tadi terlanggar." Suara budak lelaki meminta maaf. May kenal suara tu. 'classmate aku. Agus.' Terus May keluar daripada kelas tanpa mempedulikan lelaki di sebelah Agus.

"Aku dah cakap. Dia mana nak bercakap. Sepatah haram pun susah nak dengar dia bersuara. Dah kena tolak jatuh tersungkur pun tak jerit. Tak marah. Spesis pelik ni." Agus menyiku lengan Jun. Jun tersengih. "Menarik." Nampaknya usahanya gagal nak berinteraksi dengan May.

"Aku balik class dulu. Nanti jumpa tempat biasa lepas class." Jun blah dari class Agus.

Sedang Jun berjalan menuju ke kelasnya. Dia ternampak gadis berambut ikal paras pinggang yang di ikat satu. Kemas. Gadis yang Agus 'ter'langgar tadi. Gadis itu May. Menuju ke arahnya sambil matanya sibuk membaca buku di tangan. May tidak perasan kehadiran Jun yang hanya 10 cm dihadapannya. Dan... Bump!

"Sorry! Leka baca buku tadi." May mengutip bukunya di sudut koridor. Dia tidak melihat siapa yang dilanggarnya. Atau apa yang melanggarnya. Tapi dia tahu itu salahnya. Baca sambil berjalan. Siapa yang ajar entah.

Jun terkesima. May bersuara! Merdunya suara May. Lunak mendayu. Walaupun May hanya sebut lima patah perkataan je. "Its okay. Do you mind?" Jun menghulur tangan. May mendongak. 'zirafah!'

May teragak agak mahu menyambut huluran itu. 'nak ke tak? nak ke tak?' Dan akhirnya tangan Jun digapainya. "Thanks." Balasnya sepatah. Terus May cepat cepat tarik tangannya dari pegangan tangan Jun. Suasana diam.

"Err. Aku Jun." Jun hulur tangan sekali lagi. Tanda perkenalan. May pandang tangan Jun. Kemudia matanya beralih ke muka Jun. Dia nampak Jun senyum. 'not bad' hatinya berbisik nakal.

"Aku May." Huluran tangan Jun berbalas.

"Aku tahu."

"Aku pun tahu kau Jun." Riak wajah Jun terkejut. "Kau tahu aku? Kau tahu aku wujud kat sekolah ni?" May ketawa dengan soalan Jun. 'mestilah aku tahu. bodoh.' "Aku pun pelajar kat sekolah ni. Kau kan atlet sekolah."

May mula bergerak menuju ke kelasnya. Tanpa sedar, Jun mengiringi di sebelah. "Aku teman kau balik kelas." May diamkan sahaja. "Tadi sorry sebab Agus terlanggar kau." Jun mengumpan perhatian May.

May toleh ke arahnya. Muka hendak bertanya.

"Aku ada sebelah Agus tadi."

'oh. patutlah dia tahu. dia tengok aku tersungkur? damn. jatuh saham.'

Mereka tiba di depan class May. 5 Sains. "Bye." May cepat cepat masuk kelas

###########

"Aku bercakap dengan May kat sekolah tadi."

Agus tersedak. "Kau biar betul? Aku classmate dia ni, tak pernah dengar pun dia bersuara." Milo ais ikat tepi disedut dalam. Ah nikmatnya. Angin bayu pantai lembut menyapu muka Agus.

Tempat lepak Jun dan Agus selepas habis sekolah. Tepi pantai.

"Aku rasa aku nak confess lah..."

"Kat sape? May? Kau biar betul? Tunggu lama sikit lah."

"Dah cukup lama aku tunggu dia Gus." Jun membuang pandang ke laut sambil tangannya rancak menari nari di atas pasir pantai. Memang. Sudah lama dia cuba mengambil peluang untuk berinteraksi dengan May. Bermacam cara dia cuba. Bermula dengan belajar bersungguh sungguh untuk masuk satu sekolah dengan May. Tingkatan empat baru dia dapat tawaran masuk sekolah elit bestari ni. Semata mata untuk dekat dengan May.

Kali pertama dia melihat May adalah sewaktu di pasar pantai. Gadis dengan dress sleeveless paras lutut. Tidak terlalu seksi. Topi pantai besar menutupi kepalanya. Rambut ikal mayang paras dada dibiar lepas. Perfect! Dia sedang khusyuk membelek buku buku novel indie di salah satu kedai di pasar pantai. Jun menghampiri gadis itu...

"Bila kau nak confess?" Lamunan Jun terhenti. "Esok kot."

##########

May berdiri di luar kelas di kaki lima. Telinganya disumbatkan earphone. Bahunya dicuit lembut. May menoleh. Dan Jun berdiri betul betul dibelakangnya. Terlalu rapat!

'fuhh nasib baik tak tercium zirafah ni.' May berundur sedikit. 'kau dah masuk private space aku.'

Jun kaku. "Emm kau ada masa?" May angkat kening.

"Jom ikut aku. Aku benda aku nak cakap." May angguk. Dia berjalan mengikut Jun. 

Diam.

Jun dihadapan sudah macam cacing kepanasan. 'nak bagi tahu harini ke? ke takpayah? mood dia macam tak okay je. dia diam je.'

Jun berhenti mengejut. May dibelakang Jun tidak perasan dan terlanggar Jun. 'aduh! berhenti tak bagi signal. tapi. bau dia. menyamankan.'

"Kenapa kau berhenti ni?" May membetulkan rambutnya. Kusut sikit lepas terlanggar belakang Jun.

Jun menoleh melihat May. "Aku..."

"Aku..." May angkat kening.

'nak cakap ke tak ni?'

"Aku..." 

"Aku aku aku, kau nak bagitahu aku ape sebenarnya?" 

"..." Jun sudah hilang arah. 'ah celaka kau lidah. nak kelu pulak.'

"Muka kau merah! Oh shit jangan cakap kau..."

"Aku suka kau!"

Mp3 di tangan May jatuh ke lantai. Seluruh derianya tidak berfungsi dengan baik. Semuanya senyap. Semuanya statik. Dia hanya nampak muka Jun dihadapannya. Muka Jun yang kemerah merahan. 'apa yang kau cakap ni Jun?' 

"May?" Jun melambai lambai depan muka May.

"Kau jangan main main. Aku tak suka. Benda ni tak kelakar." May mula mengatur langkah mahu pergi.

"Aku tak main main. Benda ni serious. Aku tunggu jawapan kau!" Jun melaung. Pandangannya mengekori kelibat May yang semakin menghilang. Dia tersenyum lega.

##########

bersambung...

Saturday, 21 November 2015

nikmat sakit

sakit. sebenarnya satu nikmat.
sebab apa?
sebab bila kau sakit. akan ada orang tertentu yang akan jaga kau.

macam aku. bila sakit. aku ada dia. dan mama.
tu je. dah cukup.

sampai satu tahap. dia cakap.
dia selalu doa biar dia yang sakit. bukan aku. 
sebab dia tahu. bila aku sakit. aku rapuh.

tu nikmat sakit bagi aku,
dia ada. selalu.

Monday, 16 November 2015

my goal

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah ya Allah!

Finally, i am officially a fresh graduate in diploma in science. *a biground of applause*

Aku dah grad weh. Still cant believe it! Haaaaaa serious shit nak senyum sampai telinga.

Oh ye, still remember my goal? Satu je goal aku masa grad. This!

we did it love!
Sayang, janji kita sudah tertunai. Moga rasa rendah diri selalu ada dalam diri kita. Semoga.

To you who stood by me for better or for worst, through sadness and happiness. Only Allah will repay your kindness. I am so blessed to have you in my life. Please do stay with me till the end. Now, our journey for diploma had just ended. But there's a new beginning for degree lies ahead of us. Your name would never slip away in my prayers. Never. Iloveyou to the moon and back Alif Fahmi Aziz.

Mama and Ayah. The best parents ever! Thanks for your infinity effort in raising me up. To be a better person every single day. Your prayers are my strength. *teary*

Also thank you who wished me congratulations. I appreciate it. 

Lastly, to me. 
Dearest A, i am so proud of you. Aim higher and maintain your achievement. Frankly speaking, degree life is wayyyyy more tougher than diploma. Especially the students itself. I know you can survive bravely. You can grad on time with wonderful flying colors. Iloveyou.

With love, Sharifah Alia Shahira Sharulmizam.

Monday, 9 November 2015

counting days

aku menghitung hari. untuk apa? macam macam event aku rasa.
start with progress test aka PT.
then my CONVOCATION DAY!
followed by photo shoot session for KurniaCat Collection.

may Allah ease everything. Aameen.

aku excited nak convo. but at the same time.
aku cuak nak pt ni.
lepas tu aku excited balik nak launch my collection!
MUAHAHAHA

okay dah bye. jom tido jom Af. *kibas kibas tilam*

Monday, 26 October 2015

shades of you on the 26th october

1. you would risk your life for her
2. you smile with your eyes
3. you get jealous easily
4. you wouldn't mind the imperfection
5. you are a gentleman
6. you fall asleep as the last person
7. you are a teacher in life
8. you will do anything for her
9. you eat when she already ate
10. you always be there
11. you can go shopping without complaining
12. you are adventurous to try new foods
13. you have crooked teeth
14. you lend your ears when she talked a lot
15. you borrow your shoulder when she lost her soul
16. you pad her head when she behave
17. you play with her cheeks until she blushed
18. you hold her hands at the right time
19. you love vanilla
20. you make yourself love chocolate because she loves chocolate
21. you do something with your eyebrows
22. you always made her day
23. you need her more than she needs you
24. you love her more than anything
25. you miss her everyday without failed
26. you are the miracle of her life

Thursday, 22 October 2015

dua. satu.


harini. genap dua puluh satu tahun aku hidup. Alhamdulillah syukur ya Allah.

tepat jam 0000 handphone berbunyi. ada incoming call. dia rupanya. aku jawab. serta merta terus dengar suara sumbang dia gigih menyanyikan lagu happy birthday untuk aku. dia pecah rekod. orang first wish untuk aku harini. even aku sendiri pun tak sempat nak wish kat diri sendiri.

"nanti tengok insta." katanya.

...

ayat second last dia untuk aku. buat aku tersengih sendiri. 
'let my love overflow upon you on your birthday sayang.'

ayat last dia. buat aku sengih sampai sekarang.
'out of the people in the world, my heart chose you, one who has all the features that my heart requires.'

aku call dia semula. dan aku. dia. berserta malam. lena dibuai mimpi.

mama pun ada wish. ayat yang pendek dan padu.
'happy birthday kaklong. jaga iman. jaga hati. jaga solat. apa jua kerana Allah.'

ayah pun sama. walau jauh di negara jiran.
'happy birthday kaklong. moga jadi insan yang berguna, anak yang solehah, berjaya dunia akhirat. ayah sayang awak.'

wishes from my friends. jauh ke dekat. mana yang ingat. thousands of thank you.

tokwan pun ada call tadi. tokwan siap nyanyi. sebak rasa. borak borak sikit. minta petua nak berjaya jugak. haha.

bila aku fikir balik. ramai je insan yang sayang aku. kadang kadang aku je alpa. hanyut dibawa arus kehidupan. hidup yang penuh dugaan ini. mungkin. aku tak punya ramai kawan. tapi aku pasti. aku punya insan yang aku sayang. dan sayang aku balik. 

wish dari aku. untuk aku.
'happy october alia. happy twenty second of october. a year older a year wiser. stay beautiful. stay strong. love your family. love aliffahmi. love yourself.'

perjalanan aku masih jauh. pengalaman dulu. jatuh bangun aku. jadikan aku yang sekarang. untuk dia. yang paling rapat dengan aku. terima kasih atas segalanya.

tulus ikhlas, A.

Sunday, 18 October 2015

pasal Af V

Harini. Aku revise after zohor. Perghhh mengantok dia tahap aku tengah baca notes pun boleh terlelap dah siap mimpi. Position badan still sama. Sit straight. Hands holding notes Parah tak parah tu. Tengah tengah baca tu suddenly teringat time diploma. If lepas zohor aku nak study. Aku mesti ajak Af. Dan dia tak pernah say no. Always yes aje. Sporting kan?

Janji dengan Af pukul dua. Dua setengah baru bangun tidur. Ada one time tu Af sampai call roomate aku suruh kejutkan aku. Dia tak marah. Dia tunggu je aku bersiap. Tengok tengok pukul tiga baru sampai library. Aku time diploma boleh tahan lah pergi library. Sebab?

Satu. Meja belajar dalam bilik aku bersemut.
Dua. Dapat roommate yang perangai macam tahi.
Tiga. Aku nak internet. Hahahaha.
Bonus. Aku nak jumpa Af. *gatai*

Okay back to Af. Dah lah aku sampai lambat. Aku siap boleh tanya. "Lama ke tunggu?" Af jawab "tak. Satu jam je tunggu." Lahaiii kau tak marah pun. If aku tunggu orang satu jam. Memang dah kena maki. Takpun aku blah je. 

While studying with Af at the library. Aku pun dah start mengantuk. Dia yang selalu bagi semangat kat aku. Selalu cakap "baca sikit je lagi. Sikit je lagi." Dia punya 'sikit je lagi' tu alih alih dah satu jam lebih aku baca. Okay cukup. Aku study ada had limit. Dua jam je. Tak lebih tak kurang. Ngam ngam.

Bila kat sini. Takde hati lagi aku nak study kat library. Sebab?

Satu. Library jauh. Doploh minit nak ke sana. Pergi sahaja.
Dua. Bilik aku dah okay.
Tiga. Ada internet kat bilik.
Empat. Af takde kat sini. Siapa nak teman aku?

Harapkan beruk beruk itu? Tidak usah lah. Tengok diorang study pun dah serabut. Apatah lagi study bersama. Oh definitely not! Pasal beruk beruk ni next time lah cerita. Ni kan pasal Af.

Bila kat sini jugak. Aku akan selalu compare dengan zaman diploma aku. Especially tahun akhir. Sebab waktu tu dah kenal dengan Af.

Af selalu dan selalu dan selalu. Actually setiap masa bagi semangat kat aku untuk survive kat sini. Lima tahun weh. Lima tahun untuk aku survive. Aku boleh buat kan Af? Takpayah pedulikan beruk beruk tu kan? 

Af, kau percaya aku boleh buat. Kenapa tidak aku, kan?

Thursday, 8 October 2015

pasal Af IV

Biasanya kalau rasa lapar mestilah terus cari makanan. Tapi Af. Bila dia lapar mesti dia cari aku dulu. Sebab apa? Sebab dia mesti tanya aku dah makan ke belum. If aku jawab dah. Dia mita aku teman dia makan. If aku jawab belum. Dia ajak aku makan sama sama.

Sepanjang aku kenal dengan dia. Setiap kali dia nak makan. Dia mesti akan tanya soalan keramat tu. Soalan tu macam soalan wajib sebelum dia nak makan. And i bet. Dia tak pernah makan sebelum aku dah makan.

Pernah ke Af? 

Even ada masa aku dengan Af jauh. Dia akan tanya jugak aku dah makan ke belum. If belum. Dia akan pesan suruh makan. Jangan lupa dia kata. Takpun. Dia yang hantar makanan. If dah. Dia pun pergilah makan dengan senang hati.

Sebab tu aku cakap Af ni rare. 

Saturday, 26 September 2015

craving

Lately ni aku craving je, rasa nak makan itu, nak makan ini. But mostly i'm craving for western. 

Teringat something. Aku if craving mesti cari sorang ni. Bila aku cari dia mesti dia ada. Haha. If craving western aku automatically akan order fish n chips. If not too western but i dont wanna eat rice, i'll order pizza!

And aku akan ajak dia. Yes! If western, aku nak fish n chips, dia order chicken chop. Aku mengidam island supreme, dia nak super supreme. Ah suddenly hungry. Again.

Satu je aku tak pernah nak craving. Budu! Hahahaha. Aku tahu dia nak nak nak sangat makan petai. Kan? Ngaku jelah weh *evil smile*

Tuesday, 22 September 2015

pasal Af III

Af ada satu tabiat. Tapi tabiat tu dia buat kat aku je. Hari hari pergi class, kadang kadang aku sampai awal, kadang kadang dia sampai awal. If aku sampai awal, aku tunggu la dia datang. Asal ada orang bukak pintu je aku pandang. Bila pintu terbukak and orang tu adalah Af aku pandang dia dengan muka stone. Dia pulak boleh buat tabiat dia tu. Dengan muka selamba pandang aku lepas tu angkat dua dua kening dia. Macam silent mode for "hey there beautiful."

Terus aku alih kan pandangan mata. Macam orang kata daripada mata turun ke hati. Ceh! Nak sengih kang orang cakap aku gila. Makanya aku sengih dalam hati. Hati aku macam kitkat kena jemur tengah panas. Hahahaha.

Sama jugak if aku yang datang lambat. Sebab seat Af dalam kelas betul betul sebelah pintu bahagian depan sekali. Aku bukak je pintu class, mata dia dah tengok aku. Mata dia color hazel tu, lepas tu dia angkat kening dua dua. Aku hanya mampu senyum ke lantai. Aku pun perempuan yang punya perasaan. Normal la tu.

Tabiat dia ni dari first aku kenal dia sampai sekarang. Even time kitorang borak borak panjang. Especially time aku excited nak cakap. Macam keretapi shinkansen katanya. Tengah aku dok syiok bercerita tetiba dia panggil and aku terus fokus ke muka dia, mata dia, dan Boom! Opps he did it again. And again and again and again. Serta merta idea aku nak bercerita tu jadi bunga bunga sakura berterbangan di jepun.

Takpe, aku suka je. Sebab tabiat tu dia buat kat aku je. Dan mata Af memang hazel, dark hazel. Suka usha mata dia dari dekat.  

Saturday, 19 September 2015

daydreaming

Ally duduk bersandar di atas sofa depan tv. Perutnya kenyang. 'Sedap mama masak tadi!' Dia menekan remote astro. Channel bertukar tukar. 'Semuanya bosan cerita petang petang macamni. Tutup jelah tv ni.'

Ally naik ke biliknya. Bumm! Dia menghempaskan badan ke atas katil. Empuk! Tangannya diletakkan ke belakang kepala sambil kakinya bersilang. Fikirannya entah melayang ke mana. Akhirnya dia terlelap beralaskan lengannya.

**********

Seorang gadis berjalan perlahan menuju ke atas pentas. Namanya dipanggil untuk kali yang ketiga. "Allisha Laila". Dia masih jalan teragak agak. 'Aku menang ke? Menang ape?' Dia berdiri di atas pentas untuk tempat pertama. Kelihatan di bawah ramai mata mata memandang sambil bertepuk tangan. Ada jugak yang mengucapkan tahniah. Dia masih bingung.

Majlis sudah pun selesai. Rupanya dia menang pertandingan rekacipta dan inovasi di universitinya. Macam mana lah dia boleh lupa. Sampul yang dimenanginya tadi merupakan sebuah cek bernilai RM 3,000. 'Boleh lah buat jajan.' Ally tersenyum sendiri.

"Haaaaa!! Dah kenapa senyum sorang sorang?" Seorang lelaki berpakaian kemas. Baju kemeja fit color hitam stripes halus putih dengan seluar Slack hitam menyergah Ally.

"Ishhh! Terkejut lah. Thanks for the dress." Gadis itu menoleh sempat tangannya menampar bahu lelaki itu. "Segak." Ujarnya lagi. Melihat penampilan lelaki itu.

"Do you like the dress?" Mata Zhareef melirik ke gaun yang dipakai Ally.

"I love it. Its so my taste and my style. Pandai you pilih untuk occasion ni." Dress labuh sleeveless color biru. Corak stripes menyenget dengan a few small diamonds around the neck.

"Shall we?" Zhareef menghulur tangan. Ally menyambutnya dengan senyuman.

**********

"Such a beautiful place. I didnt know you romantic sampai macam ni?" Mata gadis itu melilau melihat suasana dalam restaurant high class yang ditempah Zhareef. Sangat elegant.

Meja mereka bersebelahan tingkap kaca yang boleh menampakkan pemandangan yang lawa. Semua makanan telah diorder oleh Zhareef terlebih dahulu. Jadi mereka tinggal datang dan makan. Ally menjamu selera dengan enaknya. Zhareef hanya mampu tersenyum. Suka agaknya.

Sedang mereka berdua rancak berborak. Tiba tiba datang seseorang daripada belakang jejaka itu. Wanita itu terus merangkul bahu Zhareef sambil bibirnya hampir mencium pipi Zhareef. Dengan lagaknya dan gediknya, dia merengek.

"Darling, what are you doing here?" Wanita itu menjeling Ally sambil buat muka pelik "eh, excuse me, who are you?" dan pandang Zhareef semula "siapa perempuan ni darling?" 

Zhareef membuat muka paling cool dan dengan selambanya dia berkata "She's nobody sayang. Just a stranger i met." Dia mencium tangan wanita itu. 

Ally tergamam. Serta merta seleranya hilang. Makanan dalam mulutnya tersangkut dikerongkong. Dia telan dengan susah payah. Terkejut campur bingung. Dia memandang Zhareef "What did you just say Zhareef?" 

"I said you're a stranger that i met. Are you deaf?"

"A stranger? Us is a stranger?" Muka Ally berubah merah.

Zhareef bangun dari kerusinya "Wowowo! There is no 'us' and there is never will an 'us' okay? Crystal clear?"

Ally terlopong. Dia pun terus berdiri merenung tajam dua manusia dihadapannya. "Seriously? Like serious shit? Then what the hell is this?" Dia menunjuk dress biru dipakainya.

"And for the last three months? Was that a joke?" Ally mula menyinga. Dia mengambil pinggan yang berada di atas meja yang di dalam pinggan itu ada baki lamb chop. Terus melempar ke muka jantan tak guna itu. 'Baru kau tahu aku ni bukan mainan!'

"What the fuck bitch!" Wanita disebelah Zhareef mengelap muka Zhareef dengan tuala makan dan

"Splashhhh!!!" Habis Ally lencun dengan jus buah markisa. 'Sabar aku dah habis lah sial!' "Aarrghhhhhhh!!!"

***********

"Hey hey hey!" Mama Mia menepuk nepuk anak daranya yang mengigau. "Bangunlah Laila, anak dara apa tidur petang petang ni? ish ish"

'Fuhhh mimpi doh! Thank god. Aku dengan si mamat sotong tu? Euuwww please lah! Sampai kiamat tak akan!' Ally terus ke bilik air.

Friday, 18 September 2015

luggage


"aku ingat nak bawak luggage lah esok."

"serius ah?"

"serius ah. kan terus balik."

"bangunan tu banyak tangga kot."

"laaa takkan takde lif?"

"i mean jalan nak pergi ke bangunan tu banyak tangga. lepas tu kau ingat korang jela yang datang? ramai lagi doe."

"dah kenapa? malulah aku bawak luggage?"

"memang lah. sebab nanti aku yang kena tarik."

Monday, 14 September 2015

pasal Af II

Since aku dah masuk degree ni. Dah tak satu kampus dengan Af. Aku cerita la kat dia yang kat sini hari hari kena pakai baju kurung. Acah acah nak mengadu lah konon. Tapi.

Af cakap bagus lah tu. Sebab takde la orang lain tengok aku. Tengok aku pakai baju kurung je takpe. Af cakap lagipun nampak manis, ayu, lawa pakai baju kurung hari hari.

Dasar Af.

Sunday, 13 September 2015

pasal Af

Ni aku nak cerita pasal Af. Af ni lelaki. Sama umur dengan aku. Aku kenal dia almost one and a half years. Petang petang macam ni nak cerita pasal Af sebab aku asyik teringat kat dia je since kitorang kenal. 

One of the things i remembered about Af was; dia memang overly attached dengan bunyi gelang aku. Ya. Aku ada pakai gelang kat tangan. Gelang dark chocolate yang macam ada coloreng coloreng tu. Gelang tu bukan besi. But not plastic either. Aku pun tak tahu materials dia from what. And aku pakai juga gelang from kayu koka. My dad gave me about three years ago.

So, Af ni, dia dah kenal bunyi gelang aku. Dalam jarak sepuluh kaki kot. Haha i'm not sure. But everytime aku gerakkan tangan or what or aku berjalan and gelang tu bunyi, dia tahu tu aku. Then ada satu incident ni, one of my classmates dia beli gelang sebijik macam aku. Dia beli dua. And gelang tu pun berbunyi jugak. Af pun naik angin la. Dia cakap kat aku tak best sebab dah ada dua bunyi gelang dalam class. Aku cakap la balik, masti ada beza punya bunyi tu, cuba dengar betul betul.

One week after that, dia dah boleh cam balik bunyi gelang aku. Hehe since then until now, bila aku nak jumpa, time aku tengah jalan ke arah dia, dia dah tahu dah tu aku. Dan dia tak pernah salah teka.

Monday, 17 August 2015

gaduh II

momen lepas gaduh yang aku paling suka.

is when aku dan kau masing masing berebut cari masing masing.

rasa macam lega. release. semua. 

macam "yesss! we made it! again!" and everytime is getting tougher yet harder. 

everything happens for reason(s). so do this one.

aku belajar macam macam dari kau.

dan. kau juga belajar macam macam dari aku. 

macam pepatah inggeris 'rome was not built in one day.'

sama macam 'nak kenal kau sepenuhnya bukan dalam masa satu hari.'

and for sure untuk achieve my goal; which is knowing you inside out need a lot of time, energy, mental and physical preparation.

so. one time we laughed. and. one time we argued. thats it. 

not big deal right? if i cant hold on right now. how can i hold on forever?

aku dah cakap kau rare! lempang kang.
...how can i be strong when living without you is something wrong

gaduh

semua orang pernah bergaduh. pasal apa?

pasal apa apa pun boleh. 

sebab apa bergaduh?

mostly because berlainan pendapat. kan?

tak terkecuali aku dengan kau.

macam sekarang. ye. macam sekarang.

aku tak gesah nak gaduh dengan kau. banyak kali pun takpe.

mungkin pada kau benda yang kita gaduh ni penting dan berbaloi. padahal pada aku cuma remeh je.

dan. mungkin juga satu masa kita gaduh pasal benda yang pada aku sangat penting dan berbaloi. pada kau pula hanya not a big deal.

kan? kau pernah rasa kan? takpayah nak tipu la weh.

sebab kau orang penting dalam hidup aku. apa yang kita debatkan ada point masing masing.

aku tak takut kita gaduh. at least kita ada benda nak dicari pasalkan.

aku cuma takut outcome lepas gaduh tu. takut masing masing taknak cari masing masing dah.

aku tak cakap kau je yang kena mengalah. aku juga tak cakap aku je yang kena mengalah.

kita kena ada give and take. 

not take take take. or give give give. salah konsep lah bro and sis!

tu je. aku dengan kau tengah gaduh lagi ke ni?
you asked me what went wrong and asking me to be strong...


Friday, 14 August 2015

kucing

aku suka kucing. kucing suka aku. dia suka kucing. kucing suka dia.
masalah dia satu je. bila aku dekat kucing. aku masuk hospital. allergic teruk dengan binatang ada hama.

one day dia bagitau aku. "kalau boleh aku nak cari cure untuk penyakit kau ni. lepas kau baik, konfem kau gomol gomol semua kucing." dia gelak.

"bukan semua. kucing yang dah mandi je." aku mencelah.

tak pernah aku jumpa orang macam kau. yang punya niat nak sembuh kan penyakit aku. terharu doe!

Sunday, 9 August 2015

move on

bukan semua benda aku boleh move on. yang ni kira satu satunya exception yang pernah terjadi dalam hidup aku. ni satu satunya perkara yang aku taknak move on. sikit pun tak.

aku taknak move on dari kau. kalau dulu aku beriya nak move on dari orang ni. dari orang tu.
tapi kali ni aku taknak move on dari kau.
aku taknak move on dari momen yang kau cipta untuk aku.
aku taknak move on dari keletah kau yang kalahkan tembok ego aku.
aku taknak move dari semua benda pasal kau.

maka. aku harap kau pun tak move on dari aku.

sorry. aku masih tak move on dari yang ni jugak.

Saturday, 25 July 2015

ini cerita aku

kau pernah rasa puas hati yang sangat padu tak? like the major satisfaction. aku pernah.

benda ni terjadi tiga tahu lepas. time tu aku baru freshmen kat universiti. takde kawan sangat. pergi class sorang. balik class sorang. memang lone ranger. subjek ape aku ambik  pun masih samar samar. especially kimia. time tu aku rasa kimia lah aku paling teruk. tengok classmates aku semua macam paham je bila lecturer tu ajar. bila test semua sibuk tanya markah sama sendiri. aku diam. tenung markah aku. aku ingat lagi. test two. nama aku lecturer tu panggil second. mana aku taw dia panggil ikut markah ke apa. selalu kan random. 

so budak depan aku ni dok la sibuk puji puji sipolan ni. cakap terer la apa semua. bila aku usha. rupanya sebab dia dapat fullmark. aku tak la join sekali nak puji dia ke hape. buang karen. aku pun tenung test aku. satu markah je kurang daripada sipolan tu. kau taw rasa dia cemana? puas hati gila. sangat sangat sangat. sebab aku rasa aku fail test tu. hahaha. 

aku ingat aku tak berapa cerdik. aku jujur. aku bukan gifted like semulajadi pandai. aku kena struggle untuk capai macam sekarang. so bila orang lain duk pukul canang cakap sipolan tu memang pandai bla bla bla. aku gigih capai matlamat aku. bila final. dapat result. dengar cerita result dia gini gini gini. timbang kati semua. eleh. lebih kurang aku. see. aku tak bodoh! hahaha.

time final year. Alhamdulillah, aku dah tak pandang dah sipolan tu punya kepandaian. sebab i got one plus with beauty. you know the phrase 'beauty with brain' ? i am on my way to get there. since aku tahu aku macam sama level je macam sipolan tu. in fact lebih kot. ya Allah. jangan riak. *istighfar* takde lah aku self psycho diri sendiri ingat yang aku ni tak boleh buat ape yang aku nak. ni penyakit ke? hahaha

time result part six keluar. aku menangis histerically! coz i am so fucking proud of myself! 

special dedication to: mama mama mama ayah si dia *bentuk love*

Friday, 10 July 2015

dialog dengan mama

"mama, bila kaklong nak practice drive ni?"

"ha ah laaaa. bila awak nak drive ni?"

"tu laaa. enam haribulan ni nak drive dah. alip takde transport! nanti mama yang kena hantar."

"ohhhh baru terfikir nak drive. sebelum ni taknak taknak."

"heheheheheee..."

"sebab boipren sanggup drive. baru awak tahu susahnya bila tak drive."

"mestilah sebab alip. dia kan booster! sumber inspirasi."

tikus besar

Anita terloncat loncat depan almarinya yang tinggi hampir tujuh kaki.

"Sikit je lagi. Sikit je lagi!" tangannya sempat mencapai beg besar hitam itu.

Dan tiba tiba dia hilang pertimbangan "Aaahhhhhhhhhhh!!!" Anita menjerit tetapi badannya tak sempat jatuh terjelepuk atas lantai simen.

Dalam waktu yang sama, ibu Anita terdengar jeritan itu dan bergegas ke bilik Anita.

"Itaaa! kenapa tu?"

"Errr takde pape mak. Ada tikus je dalam bilik ni." Anita bohong. Dia menjeling jejaka yang sedang memaut pinggangnya.

"Tikus?" ibu Anita hairan. 

"Ha ah mak. Tikus besar!" Rizal mengangkat keningnya tanda 'oh, aku tikus besar ya?'

"Bukak pintu ni Ita." pintu diketuk berkali kali.

"Ehhh takde ape lah mak. Tikus besar ni baik. Dia dah larikan diri." Anita tersenyum nakal memandang Rizal sambil suaminya membuat gaya kucing miang 'rraawwwrrrrr'

"Awak sayang tikus besar ni?" Rizal menggeletek wanita yang baru menjadi isterinya selama tiga bulan.

Monday, 29 June 2015

mimpi indah

Subuh. Beralih ke pagi. Siang menjelma.
Kau. Dan aku. Masih lena memejam mata.
Burung bercicit di tepi tingkap.
Matahari menyingkap di balik jendela.

Bangun duhai pujangga hati.
Waktu beradu sudah tamat.
Kembali. Mari kembali ke alam nyata.
Realiti menanti menghulur jiwa.

Buatmu cinta. Untukmu sayang.
Kuatkan dirimu. Tabahkan hatimu.
Cekalkan semangatmu.
Liku hidup bukan mudah seperti yang dikata.

Sinaran mentari kian menegak di atas kepala.
Biar panas. Sehingga bahang.
Titisan peluh. Usah kau peduli.
Janji kau tidak berputus asa di tengah jalan.

Aku. Punya cita.
Aku. Punya cinta.
Cinta yang Dia beri.
Untuk si arjuna hati.

Awan mendung dikala petang.
Langit gelap. Matahari senja turut bersembunyi.
Hujan kian turun.
Umpama butir peluru menghentam bumi.

Aku. Kau. Dongak menjamah langit.
Lihatlah bintang. Pandanglah bulan.
Terang benderang. Bagai berkerlipan.
Hitam berkontra dengan putih.

Kau. Punya cinta bersulam kasih.
Kau. Punya cita bersandarkan matlamat.
Gapailah setinggi  mampu.
Moga Dia permudahkan segalanya.

Akhir kata. Penutup bicara.
Selamat malam wahai sayang.
Doa aku untuk kita.
Agar menjadi cinta sehidup semati.

Semoga dibuai mimpi indah sang kekasih.
Melihat kau tersenyum.
Menjadikan aku.
Insan yang paling bahagia.

Thursday, 25 June 2015

parcel

"esok tunggu taw. ade barang untuk you."

"oh okay. barang ape?"

"jangan terkejut taw bila dapat nanti."


esok pagi...

"maaaa ada barang kaklong sampai tak?"

"ada. tu haaa." *tunjuk kat sofa*

"bila sampai?"

"setengah jam tadi."

"tak kejut kaklong pun." *cepat cepat bukak parcel*


jeng jeng jeng! apakah? haaaa!! aku dapat sepasang baju kurung pahang! dengan sekeping nota!
aku tahu baju tu dia beli online. sebab aku pernah tunjuk dia baju tu. sekali dengan website tu.
excited! happy! teruja! semuanyaaaa! heheheh terharu pun ada. and the best part is the note!
how can dia suruh orang online tu tulis kan? hahaha oh my sayanggggggg!

my parcel!

Saturday, 13 June 2015

adik aku

this one night. aku tengah tengok episod akhir drama melayu. haha since when i'm into drama melayu ni? entah. maybe this one is acceptable. okay back to the story. ada scene yang diorang graduate. and masing masing berkumpul dengan geng masing masing cakap 'sedihnya dah grad nanti semua dah ada haluan sendiri' 'i'll be missing you guys' 'nanti jangan lupa kan kita. janji kena ada girls date' blablabla. 

so adik aku yang bongsu cakap "nanti kaklong grad pun macam ni ke dengan kawan kawan kaklong?"

adik aku kedua yang jawab. "kaklong mane ade kawan kat universiti."

and i was like. hahahahaha. shit. hantu betul. and i give her that look.

"betul lah. siapa je yang tahan dengan kaklong?" 

"alif." i answered confidently.

not my goals during my graduation day.
my goal.
p/s: tak sabar nak grad! 

Tuesday, 9 June 2015

hutang

"aku terdesak ni. minta tolong. pinjamkan aku duit."

"kau kenapa? berapa kau nak?"

"dalam dua ratus setengah."

"aku takde banyak tu. kau nak buat ape?"

"aku ada hal sikit. nanti aku cerita. janji. berapa kau boleh bagi pinjam?"

"seratus je. tu je yang aku mampu. ni pun aku cukup cukup makan je."

"bila kau nak bank in?"

"pagi esok lah. dah lewat ni."

"bank in secepat mungkin. pagi esok taw. aku bagi no acc."

---

"aku dah bank in."

"terima kasih. kau lah kawan aku."

"sama sama. kau ni kenapa? story la."

"aku nak tolong family aku. thanks sebab percayakan aku."

"duit tu aku nak guna jugak. by hujung bulan ni kau kena bayar balik. nanti lari bajet."

"iye. aku akan usahakan."

---

"aku nak pakai duit. tolong bank in kan duit kau pinjam haritu?"

"aku dah bayar half. dua bulan lepas."

"bila? kat acc mana? kau tak inform pun. nak tengok resit."

"resit dah hilang sebab dah lama. tapi serius memang aku dah bayar half."

"aku dah check since enam bulan lepas. takde pun. kau biar betul?"

"aku tak terniat langsung nak tipu kau, memang aku dah masukkan."

"hmm kau bayar jelah lagi separuh. lusa sebelum pukul 12."

---

"bila kau nak masukkan duit? aku nak guna ni. urgent. masukkan by today."

"aku akan usahakan."

"aku tak main main ni."

"sape main main pasal duit? aku cakap aku akan bayar."

"masalahnya kau nak bayar bila? aku nak guna duit tu sekarang."

"sebab duit je kau nak pertaruhkan persahabatan kita? okay. kita kawan kot."

"if aku macam tu. dari awal kau pinjam lagi aku dah cari kau suruh kau bayar. takpun aku tak bagi kau pinjam langsung. sebab kau kawan aku lah aku tolong. even time tu aku sendiri pun cukup cukup makan je. masukkan duit esok sebelum pukul 5."

"maafkan semua kesalahan aku. aku tahu aku salah. nanti aku contact kau."

---

"kau tak masukkan duit lagi? aku nak guna duit ni. please lah."

---

...

---

entah lah. aku sedekahkan kau al-Fatihah je. itu je yang aku mampu. rasa kena betray. sumpah aku tak tipu. masa kau terdesak nak cari wang. kau cakap akulah orang last yang percaya kan kau. aku kawan kau. kawan. walhal sampai sekarang kau tak pernah cerita pun punca kau nak pinjam duit tu. padahal kau dah janji. mana janji kau tu? mana?

sekarang. time aku betul betul perlukan duit. aku kembali pada kau. kau yang berhutang dengan aku. aku cuma tuntut hak aku balik. hak aku yang lagi separuh kau kata kau dah pulang. yang masih aku tak jumpa. lagi separuh ni entah bila. mana kau saat aku terdesak? mana kau kawan? mana?

dikhianati. itu aku rasa. dan kau tak layak nak bangkitkan soal kawan pada aku. kau siapa nak cakap aku pentingkan duit dari kawan? hah? kau tu yang defensive sangat. if aku memang pentingkan duit. aku dah jadi kedekut. satu sen pun tak bagi kau pinjam. apatah lagi nak tolong kau pasal duit. fikir lah dulu bila nak sembur aku pun. kau pandai. kau bijak. Allah bagi akal guna. jangan sebab lidah. mulut berbicara. badan binasa. hati terseksa.

jujur. kau sekarang dah lain. taktau lah kau salah kawan ke. ape ke. yelah cemana aku nak tahu. nak kongsi masalah kau kat aku pun susah. macam mana aku nak tahu situasi kau kan? yang aku boleh buat sekarang is fikir logic atas ape yang kau bagitau aku. kau dah kerja. masyukk punya. sampai boleh berjalan sini sana. dah aku terfikir. setakat nak bayar hutang yang tak seberapa tu dengan gaji kau. tak luak pun. 

aku nak fikir positive. and i'm trying to be one. everything happens for reasons. last but not least. memang aku kecewa sangat sangat sangat dengan sikap kau. semua orang buat salah. including me. aku minta maaf.

i was there when you needed my help but you wasn't when i needed yours. thats the biggest difference between us.

Tuesday, 2 June 2015

library II

Pukul 7.52 pm. Sha baru siap solat maghrib. Dia masih berfikir nak pergi library ke tidak. 

'Nak pergi ke tak? Aku macam tak larat. Tapi aku nak teman dia. Siap siap jelah.'

Sha taip taip di handphone nya. "pergi lib ke malam ni? sakit kepala lagi?"

"pergi. i byk lagi nak cover. sakit lagi."

"satu sepuluh berapa?"

"lapan. if you tak larat tayah datang takpe."

"okay. tgk lah cemana."

Sha bersiap siap. dah pukul 8.15pm. Sha hantar text lagi kepada si dia.

"dah sampai lib ke? you duduk meja mane?"

"dah. tempat biasa. you datang ke?"

"tataw lagi. tengok dulu cemana." Sha sengih. Padahal dia dah siap dan dah bergerak maju ke library.

Ada text masuk ke handphone Sha. "i love you sayang."

Sha senyum baca text tu. Dia dah masuk perkarangan library. "i love you too sayang." Sha reply text si dia.

Text masuk lagi. "i wish you were here." Sha sempat baca text si dia. 

Sha berdiri betul betul di depan meja yang diduduki oleh seorang jejaka berkemeja biru muda. Dia sibuk menulis sesuatu di kertasnya.

"i am here sayang." Sha membalas dengan kata apa tertulis di text tadi.

Si jejaka mendongak. Terkejut melihat gadis berdiri di depannya. Fami tersenyum gembira. "i ingat you memang tanak datang dah."

Sha mengambil tempat duduk di depan Fami. "mestilah i datang teman my sayang ni. dah jom study."

Fami sempat berbisik "thats why i love you cinta hati." Sakit kepalanya terus beransur hilang bila 'semangat' ada depan mata.


Friday, 29 May 2015

335 days

alif fahmi.

we are one month away to be a year in our 'knowing each other' session. looking forward to continue my life ahead with you.

if you're reading this. maybe we're still fighting. more or less like that. there is nothing much to write here. so...

"happy three hundred and thirty five days of knowing each other my dearest. what ever happens between us. let it be a lesson. i love you with all my hearts. even my behavior says i dont want you at the moment. i will always want you. thanks for everything. i do apologize for all my mistake. knowing you is one of the best thing ever happened in my life. and i'll pray for you to be a part of my life. i love you sayang. forever and always."

me sitting right next to love.


with love, shinkansen.

Thursday, 28 May 2015

dominos

suddenly craving for pizzas. and dominos specifically. so i searched into uncle google. and he showed me this. 
p/s: missing the time how we ate two regular dominos by only the two of us plus the side dishes. ahhh i'm hungrayyyyyyyy *ngapngapngap*

Monday, 4 May 2015

after exam

seawal lima pagi aku dah bangun. bilik aku gelap lagi. roomate aku semua masih tidur. klik! lampu kalimantang sebelah katil aku terang. aku bukak buku instrumental. revise apa yang patut. rasa berdebar tu semakin kuat. empat jam lagi. fuhhhh. moga Dia permudahkan segalaNya untuk aku. aku dah doa. aku dah usaha. makanya aku tinggal buat yang terbaik dan tawakkal.

jam lapan setengah pagi aku dah keluar bilik menuju ke dewan. kelihatan orang dah ramai berkumpul depan dewan. dalam keramaian itu aku nampak dia. baru turun dari motor merahnya. sentiasa segak dimata aku. kemas dengan kemaja hitam stripes halus putih. tight in. dipadankan dengan seluar jeans kegemarannya. itulah dia. kekasih hati aku.

dia menyapa aku. aku senyum. sambil tangan aku masih terlekat dengan nota kaki aku buat. untuk instrumental ni. memang aku kena struggle lebih. semua orang cakap subjek ni senang. kacang. fakta je. ingat je. hafal je. bagi aku subjek ni tough. aku kena ingat semua instead of faham semua. bila kena ingat. takboleh nak goreng in case aku tak ingat. study sampai sakit kepala. rasa nak pecah. even sekarang pun sakit kepala lagi. aku cakap kat otak aku. sikit je lagi ni. ni second last paper. sikit je lagi. bukan sekarang nak shut down.

pappp! lengan aku ditepuk lembut. lamunan aku terhenti di situ. dan dia masih segak berdiri di depan aku dengan senyumannya. hilang terus sakit kepala aku. aku kan kuat. aku kena kuat untuk aku. untuk dia. sebab baginya aku adalah booster untuk dirinya. invigilator dah start panggil boleh masuk dewan. aku menonong je masuk dalam dewan. tahap berdebar aku sampai sejuk satu badan. tapak tangan tapak kaki dah beku. aku duduk kat meja belakang sikit. bila pandang depan. aku nampak dia. baru aku perasan dia duduk depan aku. baru aku perasan aku dah tinggalkan dia sebab terus masuk dewan. gabra punya pasal.

final exam start. aku mulakan dengan Bismillah. setengah jam pertama. Alhamdulillah okay. satu jam berlalu. i'm still surviving. tinggal lagi setengah jam. dia bangun. invigilator kutip kertas jawapan dia. dia tinggalkan aku? terernya dia. boleh keluar awal. geng geng dia pun dah keluar. terernya diorang. ehh aku kena fokus. ada yang taktahu. bantai ikut logic jelah. dan finally dua jam aku berperang. fuhhhh. invigilator kata dah boleh bersurai. cepat cepat aku keluar cari dia. sampai hati dia keluar awal tinggalkan aku. mesti dia dah balik. aku kena balik sorang sorang. beli lunch nanti jelah. konfem ramai orang kat dm sebab semua akan kebulur lepas exam.

tiba tiba hati aku terdetik untuk tengok fon. ada text dari dia. 'i tunggu you dekat motor ni.' hati aku dah berbunga. dia tak tinggalkan aku. dia tak balik dengan geng geng dia. dia tunggu aku. cepat cepat aku cari motor dia. mana dia park ni? dan itu dia. aku nampak dia. dengan senyumannya. matanya bersinar. duduk dengan penuh bergaya atas motor merahnya. aku rasa lega. after exam yang kick ass dan aku rasa sangat lega. aku berlari anak ke arahnya. soalan pertama yang keluar dari mulut aku. "jawapan nombor tiga belas A,B,C kan?" dia senyum menampakkan barisan giginya yang crooked. "ye sayang. A,B,C."

Alhamdulillah. perasaan after exam yang menenangkan. balik bilik nanti aku nak buat sujud syukur.