Saturday, 24 September 2016

pasal Af X

Af, i'm sorry. 

i dont know why harini like emo nak mati. padahal the day before i was like so damn excited to meet him. then today we ended up fighting. for silly reasons. fak ah. 

today meet up with Af was delightful. but it was not the best date ever i would say. still it was his effort who are willing to come and see me. despite the hot and sweat he had gone through. dia tolong tanya kan pasal my book and still we end up like we were fighting. but no. aku tak gaduh pun dengan dia. 

when he called, i answered it. last last aku yang macam nak marah dia? why doh? shit lah. Af selalu cakap yang dia okay. he's fine. its okay. everything seems to be alright. but is it true? is it true Af? are you suffering when you're with me? am i that difficult to you?

aku pernah tanya dia "susah tak jaga aku?"
dia jawab "tak susah. mencabar."

as for today? i was a disaster. 

i'm sorry Af. for all my fault. for everything. i'm truly sorry from the bottom of my heart. if there's an 'if'. then life would not be as surprise as it should be. so i wont say the 'if' sentence. because i believe everything happens for a reason or it my be reason(s).

Af. you're still and always be my booster, my positive vibes, my sunshine, my sweetheart, my friend, my bestfriend, my love, my foe, my knight, and my husband. 

xoxo, shinkansen.


Wednesday, 14 September 2016

homesick

apa perasaan kau bila semua orang ada kat rumah, tapi kau kena balik universiti? apa kau rasa?

rasa tak nak balik kan? rasa macam ape kejadah la jadual pergi buat class dua hari je, lepas tu jumaat cuti balik. baik cuti je seminggu. kan?

berat hati aku nak balik u. serious talk aku tak tipu. so far ni lah homesick paling homesick pernah aku alami. sekarang. 

semua u lain cuti seminggu. kos aku je yang tak cuti. even kos jiran pun cuti. laki aku lagi lah cuti. meriah lagi sambut aidil adha. aku? boleh lah. Alhamdulillah. satu hari sebelum raya dari pagi kemas vaccum mop rumah. lepas tu masak masak masak masak. esok nya dah raya sampai terbabas bangun pukul sepuluh. kelam kabut.

esoknya lagi dah packing nak balik u. huwaaaaa #sistakuad 

adik aku pulak kerja time raya. so balik rumah this time cakap dengan dia sepatah dua je. last cakap dengan dia semalam. aku dah tertido dah. dia baru balik kerja. ajak teman makan. tapi aku tak larat nak turun katil tiga tingkat. maaf dik.

tadi pukul sebelas lebih dia ws aku. cakap dia balik kerja cari aku. panggil panggil aku. rupanya aku dah balik u. sedih kau tahu? dia tanya aku balik ke tak hari malaysia. siap bagi aku dia punya jadual. aku tanya lah kenapa? katanya dia nak ejas breakfast sama sama. terharu. huwaaaaaaa #sistakuadlagi

aku cakap aku tak janji balik ke tidak hari malaysia. iyelah sebab ada event nak kena settle. dia cakap dia faham. aku pun tukar topic borak borak pasal nak beli kasut baru dekat uptown damansara. yang tu kena ejas dengan laki aku pulak.

now i'm in dilemma nak balik ke tak jumaat ni. 

p/s: aku ingat adik adik aku tak gesah aku ada kat rumah ke tak. haha yelah dapat kakak garang macam ni. rupanya ada lah sorang yang gesah. terharu. lagi.

Thursday, 25 August 2016

berhabuk

maaf. sebab blog ni dah bersawang teruksss. hahahaha.

Af selalu bising kat aku cakap setiap pagi dia bersin lagi dan lagi dan lagi. berhabuk katanya.

believe it or not, almost two months aku tak jumpa Af. lama weh. *nangis nangis*

and tu je nak update. takde ilham lagi. sejak masuk degree ni. dah jarang gila nak update. sorry bro.

xoxo, Al.

Friday, 20 May 2016

Uqasha

Penangan Uqasha kepada aku dan Af. Buku tu menggangu emosi aku serba banyak. Dan juga emosi Af lagi banyak dari aku. Uqasha buat aku rasa yang hero dia like 92% sama macam Af. So polite and gentleman. Very understanding. Uqasha is full of love. Pure love. First love.

*amek mood sweet romantic jap*

To Af, dearest my blackforest. *omg! it rhymes!*

Husband, thank you so much for today and the day before before before before, especially the past two days. You were there for me. Even not physically, but virtually yes! Comfort me this evening. You were there to pick me up when i broke into pieces, you were there when i cant stood up for myself, you were there sayang. Thank you so much!

Sayang, i tak pernah bosan dengan you. Kenal dengan you, i belajar new things, we are in love until now, we are on the phone every night, but every night will be different topic to talk about. We talked about ideas and plans, about event or even make a book review. That was so awesome love! I've never had so much to talk about without being bored. You are one awesome handsome guy. Thank God i got you. And thank God you got my heart.

Sayang, the decision i made by letting you in was not a mistake. I gambled my life to open up my heart for you. What did you to me at that time? I dont know what's got into me but i just did. Hey my blackforest, terima kasih sebab sabar dengan saya selama hampir dua tahun ni.

Jom toleh belakang sekejap. Biar kita tak lupa kita asal mana. Biar kita tak lupa titik permulaan kita. Sayang, do you feel how i feel? I think we do love. It's worth waiting sayang, it's worth sacrificing, semuanya berbaloikan dengan apa yang kita ada dan rasa sekarang? Bersyukur Ya Allah. 

Af, I'll always pray for us, for me and you, your name never missed in every single of my prayer. Never sayang. You dah jadi orang penting dalam hidup i other than my family. Stay sayang.

"Saya cintakan awak sepenuh hati saya. Awak nyawa saya. Jangan pernah tinggalkan saya. Awak pergi. Saya mati." 

"My heart only seek you and only you in this universe as my love for you is beyond infinity"

Pure love, Shinkansen *kisskisskisskiss*

Saturday, 26 March 2016

meow

"Lia nak meow jugak! Lia nak jugak mama! Meow comel" budak kecil itu terus merengek sambil bibirnya sudah mencebik mahu menangis. 

"Tak boleh sayang. Lia baru keluar hospital sebab main dengan meow haritu." Puan Shareena mengusap lembut kepala anak perempuannya. 

Lia dilahirkan dengan masalah paru paru dan mengidap asma yang teruk. Kini Lia berumur 5 tahun dan asmanya tidak berkurang. Lia sudah masuk kelas berenang untuk kuat kan paru paru. Lia sangat suka akan kucing dan kucing juga suka kepada Lia.

"Mama mama, bila Lia boleh main dengan meow tapi Lia tak sakit lepas tu?"

Puan Shareena hanya mampu senyum. Asma Lia kekal sampai bila bila. Tiada ubat. Ubat dan aktiviti sukan sahaja yang mampu mengurangkan asma.

"Mama, Lia tanya ni." Lia memandang mamanya dengan penuh harapan.

Puan Shareena mati akal. Apa yang perlu dijawab tanpa melukakan hati Lia? Atau Lia perlu tahu perkara sebenar. 

"Lia, Lia tak boleh main dengan meow sebenarnya. Lia allergic dengan meow."

"Alaa mama, sampai bila Lia allergic dengan meow?"

"Sampai bila bila sayang."

Lia diam. Mencerna kata kata mamanya. 

"Tapi. Lia still kena jadi kuat. Untuk diri Lia sendiri. Boleh sayang?"

Lia mengangguk.

#####

20 tahun kemudian.

"Sha! Harghhhh!" Seekor kucing disuakan betul betul depan mukanya.

"Heyyy, jauh kan dia dari aku!" Sha cepat cepat menjauh kan dirinya dari kucing dan dari jejaka yang pegang kucing tersebut.

"Kau tahu kan aku allergic kat kucing! Ish! Aku masuk hospital kang cemana?" Sha mengibas badannya. Kot kot ada hama kucing melekat di baju dan seluar yang dipakainya.

Pami menjuih bibir mengejek. "Kau masuk hospital, aku jaga lah kau. Ape susah?"

"Larat ke kau nak jaga aku? Jaga diri sendiri pun tak mampu aku tengok." Jawapan pedas dibalas Sha.

"Celaka kau! Hina aku nampak." 

"Macam tak biasa bro, Hahahah" Sha gelak. Pami jugak gelak. Dia tahu gadis itu bergurau memang kasar. Satu satunya gadis yang perangai macam jantan. Dan satu satunya orang yang Pami rapat.

"Pami, aku lapar. Jom makan."

"Jom. Kau belanja."

"Okat set. Aku bayar. Pakai duit kau. Hahahah!" Sha terus blah jalan menuju ke cafe hostel. Boleh tahan sedap makanan kat situ.

#####

"Aku rindu nak main main dengan meow." Sha membuang pandang ke langit yang membiru. Dia dengan Pami selalu lepak tepi tasik.

"Kau mana boleh dekat dengan kucing." Pami menegah.

"Tapi aku teringin sangat nak belai meow. Meow comel."

Pami memandang Sha. Karakter Sha yang dia sorang je tahu dan perasan. Sha lembut hati bila cerita pasal kucing. "Haaaa! Aku tahu! Birthday kau lagi two weeks kan? Nanti aku bagi kau kucing. Kucing ni gerenti kau tak allergic."

"Mana ade kucing aku tak allergic. Kau tipu. Dah la, aku nak balik." Sha bangun. Mukanya masam. Rasa kena tipu bulat bulat. False hope betul.

#####

Ada bunyi orang ketuk pintu rumahnya. Sha bukak pintu dan sebuah kotak paras lutut berada di situ. Kemas berbalut dengan pembalut hadiah bercorak 'Just For You' berlatar belakangkan color turqoise. Lawa. Ada kad kecil tertampal kemas.

Sha ambil kotak tersebut bawak masuk rumah. Dia keluar balik, menoleh kiri kanan di ruang koridor. Kosong. Tiada orang. Pintu rumah ditutup dan dikunci.

Kotak paras lutut dibelek. Kad kecil dibaca. "To: Shalia Ilyani. Happy Birthday Sha. If kau bukak hadiah ni, means kau pun rasa apa yang aku rasa. From: Fahmi Izzuddin" 

Sha senyum. Dia tahu dia juga rasa apa yang Pami rasa. Sha membuka hadiah tersebut dan...

"What the??! Comelnyaaaa meow ni!" Sha terus peluk dan cium plush toy seekor kucing hitam yang merupakan karakter kartun sylvester and tweety bird. 

Dan dia tahu dia takkan allergic langsung dengan meow pemberian Pami.

Sha masuk dalam biliknya membawa besama meow barunya yang comel.

"Mama, Lia dah ada meow sendiri. Pami yang bagi." Shalia Ilyana bercakap dengan foto Puan Shareena. Mamanya sudah meninggal dunia 6 tahun lepas disebabkan radang paru paru.

"Mama, Lia kuat. Lia lagi kuat sekarang sebab ada Pami. Pami selalu jaga Lia macam mama jaga Lia dulu."

#end#

pasal Af IX

Aku ws Af bagitau yang bila dia nikah nanti sebut akad tu tu betul betul. jangan tersasul pulak. pastu dia jawab. dah hafal dah. hahaha. aku macam woww! impressed. pastu dia reply lagi. dia cakap sebab tu dia suka letak full name aku dalam fon dia. and memang gentle dia letak nama penuh aku. okay tu je nak cerita pasal Af.

Af cepat la balik rumah. Udah udah le berfutsal. 

Thursday, 25 February 2016

kispen

Amir berlari mengejar si dia yang sudah laju memecut pergi dengan kereta Pajero hitam. Dia berhenti berlari sambil tercungap cungap mengambil nafas.

"Ah! Shit!"

Dinah mengelap air mata sambil tangan sebelah masih di stereng keretanya. Dia sudah serik. Sakit hatinya bertambah parah bila dia terlihat tunangnya sedang bermanja manja dengan so called 'kawan baik' dia.

"Dasar jantan tak guna! Dasar betina sundal!" Dia menghentak hentak tangannya ke stereng. Geram!

*****

Dua tahun kemudian.

"Sayang. Cepat siap, kita dah nak gerak ni." Qasyaf melaung daripada tangga memanggil isterinya. 

Sudah setahun lebih dia membina mahligai dengan orang yang tak sangka dia akan kahwin. Gadis yang hampir maut di jalan raya. Nyawanya juga dalam taruhan. Kemalangan dua tahun lalu temukan dia dengan isterinya sekarang. Jodoh namanya. Kerja Tuhan.

Medinah tergocoh gocoh turun tangga dengan beg penuh di tangan. "Yayang, tolong lah i." Medinah merengek.

"Dinah dinah..."

"Yayang, dah promise kan tanak panggil i dengan nama tu. Dinah dah mati." Medinah muncung kan mulut. Protes.

"Oppss! Sorry sayang. Promise tak sebut dah nama tu. So nak panggil wife i ni dengan nama penuh dia?"

Medinah menjelir lidah dan terus berlari masuk ke dalam kereta. Meninggalkan beg berteraburan depan tangga. Qasyaf hanya mampu menggeleng dan tersenyum. Dia mengangkat semua beg untuk honeymoon kali kedua.

*****

"Ni bilik Encik Qasyaf dan isteri. Jika ada apa apa just dial our customer service number." Pelayan hotel melayan ramah Qasyaf dan Medinah.

"Ahhhh i'm sooooo jetlag!" Medinah menjatuhkan badannya ke tilam empuk. 

"Eleh, i yang drive. Sayang pulak yang penat." Qasyaf melihat permandangan luar tingkap. Indahnya ciptaanNya.

"Yayang. Come here pleaseeee." Suara manja Medinah lunak memanggil suaminya.

Qasyaf baring sebelah isteri tercintanya sambil membisikkan "I'm here Qasyaf Medinah."

"Awww main full name nampak." Medinah mencubit manja hidung Qasyaf. "Yayang, i never imagine to be married with someone who has the same name with me."

"Dont have to imagine it. Because we are meant to be together." Qasyaf mengucup lembut bibir Medinah.

Dalam kucupan tersebut Medinah sempat berkata perlahan "I'm all yours Zakuan Qasyaf."

*****

"Dinah? You Dinah kan?" Medinah menoleh ke arah suara itu. Dia terdiam. Dia salah lihat kah? Orang yang paling tak sangka dia akan jumpa kat tempat terpencil macam ni.

"Dinah right? I Amir. Ingat lagi kan?" Lelaki itu cuba mendekat dengannya.

"Sorry salah orang. I dah lambat. Husband i dah tunggu kat bawah." Medinah cepat cepat beredar. Hatinya sakit. Kecamuk. Kenapa lah dia jumpa balik dengan jantan tak guna tu kat sini?

'Sabar Med sabar. Kau dah kahwin. Dah ada suami yang paling baik. Kau dah bahagia.'

"Hey sayang, whats with the face?"

Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. Medinah diam. Matanya sudah berair. Mukanya merah.

"Sayang, kenapa ni? Talk to me love." Medinah tak semenanya menangis di dada suaminya. Qasyaf mengusap lembut kepala isterinya.

"I terjumpa Amir tadi."

"Amir? Your ex fiance?" Medinah angguk.

"His room is next to us." Qasyaf tercengang. Hatinya panas. 

***** bersambung.....

Tuesday, 16 February 2016

pasal Af VIII

Af. Aku minta maaf. Hari hari kau bersin sebab hari hari pagi pagi kau stalk blog aku yang dah berhabuk ni. Maaf.

Af. Aku nak story kat kau ni. Pasal peminat fanatic aku. Ala yang orang panggil die hard fan (kipas keras mati). Aku ada peminat. Aku tak tipu. Peminat aku sorang je. Memang fanatik gila ah. Dia sendiri konfess kat aku dia minat aku. Kau jangan jeles pulak.

Af. Agak agak kau kenal tak dia? Peminat aku ni lelaki pulak tu. Kau okay ke? Dia ni takde lah hensem sangat. Still ada rupa kot. Lepas tu dah la hitam gelap. Nak buat cemana kan dah kulit dia color tu. Gigi dia senget senget pulak. Hadoiii. Then muka dia bukan lah jenis dahi licin. Dia ni dahi gerutu sikit. Tapi sejak dia pakai produk bumiputera lagi halal. Aku tengok muka dia dah clear. Makin hensem pun ada. Takpe Af. Aku still nak kau. Kukuh lagi ni.

Kau kenal ke dia Af?

I bet you after dia baca yang aku tulis pasal dia. Konfem dia terus call aku. Haaa aku taktau pun cemana dia dapt nombor fon aku. Tahu nama penuh aku sekali dengan nama bapak lagi. Ish ish ish. Fanatik betul kan dia?

Af. Nanti bila kau dah tahu peminat aku tu sape. Bagitau lah kat aku nama dia eh? 

Monday, 25 January 2016

pasal Af VII

Sekarang ni, aku selalu mandi. Tu satu. Dua. Aku selalu mandi basah rambut sebab nak basah kan kepala. Sebab ape?

Sebab waktu diploma dulu Af selalu suruh mandi basah kepala. Biar tak sakit kepala. Especially time exam. Haaaaa. Aku tengah nak final ni. Tipu la kalau cakap tak stress. Hahah tapi aku selalu je cakap aku tak stress. Saje sedapkan hati dan perasaan. Saje.

Af, aku stress sebenarnya. Aku tahu kau selalu ada untuk support aku. Selalu. Thanks. Sokongan kau untuk aku. Hanya Dia boleh balas semuanya. Aku hanya balas apa yang termampu.

Af, aku stress. (aku tak stress) dalam hati.