Alhamdulillah syukur aq dpt dua tawaran for further study
but which one is better ?
click to enlarge
hmmm..hati ini keliru, fikiran ini buntu, perasaan ? serabut :|
gembira mmg gembira tapi aq mmg failed dlm bab bab memilih ni
so, SOLAT ISTIKHARAH adalah jalan terbaik
semoga Allah memberi petunjuk kepada diriku supaya aku dapat membuat keputusan dengan tenang :)
Bismillahirrahmanirrahim
اللَّهُمَّ إِنِّي
أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ
فَضْلِكَ الْعَظِيم
فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ
وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ
اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ
تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ
أَمْرِي
أَوْ قَالَ: عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ
فَاقْدُرْهُ لِي
وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ
وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ
أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي
أَوْ قَالَ: فِي عَاجِلِ
أَمْرِي وَآجِلِهِ
فَاصْرِفْهُ عَنِّي
وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي.
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya
aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan
kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana sesungguhnya
Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan
aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau
mengetahui bahawa urusan ini (aku perlu melanjutkan pelajaran ke UiTM Kampus Jengka, Pahang atau INTEC UiTM Kampus Seksyen 17 Shah Alam) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku -
atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka
tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkah
kepadaku dalam menjalankannya. Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk
bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam
waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka jauhkanlah urusan itu dariku
dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun
kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan
tersebut.
~Amin~

No comments:
Post a Comment