ternampak orang itu untuk pertama kali setelah beberapa lama tidak berjumpa.
perasaan itu terbit semula.
dia senyum. dan orang itu pun senyum.
suasana diam seketika.
"saya masih suka awak." dia berkata.
orang itu menoleh ke arahnya. seperti hendak berkata sesuatu.
'saya pun sama.' hati kecil orang itu bersuara.
luahan yang hanya orang itu dan maha pencipta yang dengar.
dia mengharap orang itu membalas kata katanya. tetapi yang dia dapat hanya pandangan mata yang redup sayu.
"maaf jika kata kata saya tadi buat awak tak selesa. lupakan je. anggap macam tak pernah berlaku." dia meninggalkan orang itu sambil melambai tangan tanpa menoleh ke belakang.
selepas dia pergi. orang itu berkata perlahan, "saya suka awak. sampai bila bila pun perasaan ini takkan hilang."
No comments:
Post a Comment