May. Budak sekolah menengah tinggi. Seorang yang pendiam. Terlalu pendiam sampai takde sorang pun pelajar di sekolahnya yang pernah dengar dia bercakap.
Pada masa yang sama. Jun. Pelajar lelaki termacho di sekolah. Pelajar tingkatan enam atas. Atlet sekolah untuk sukan memanah. Badan yang tinggi lampai. Muka kacukan jepun-melayu. Kegilaan gadis gadis di sekolahnya, juga gadis gadis di sekolah lain.
May berjalan keluar kelas menuju ke koridor. Membuang pandang ke bawah. 'bosannya. kenapalah semua perempuan tergila kan mamat zirafah tu?' Dia melihat sekumpulan pelajar perempuan terjerit jerit gedik apabila Jun berjalan depan mereka. 'meluat aku.' May masuk kembali ke dalam kelas.
May mengelap blackboard sambil earphone disumbatkan ke dua belah telinganya. Sambil dia asyik mendengar lagu. Ada benda mungkin orang yang menolaknya dari belakang. Dia tersungkur depan blackboard. Jatuh hampir meniarap. 'sial. sape tolak aku ni?' Dia bangun perlahan. Tapi tidak menoleh kepada si penolak.
"Eh sorry, tak perasan tadi terlanggar." Suara budak lelaki meminta maaf. May kenal suara tu. 'classmate aku. Agus.' Terus May keluar daripada kelas tanpa mempedulikan lelaki di sebelah Agus.
"Aku dah cakap. Dia mana nak bercakap. Sepatah haram pun susah nak dengar dia bersuara. Dah kena tolak jatuh tersungkur pun tak jerit. Tak marah. Spesis pelik ni." Agus menyiku lengan Jun. Jun tersengih. "Menarik." Nampaknya usahanya gagal nak berinteraksi dengan May.
"Aku balik class dulu. Nanti jumpa tempat biasa lepas class." Jun blah dari class Agus.
Sedang Jun berjalan menuju ke kelasnya. Dia ternampak gadis berambut ikal paras pinggang yang di ikat satu. Kemas. Gadis yang Agus 'ter'langgar tadi. Gadis itu May. Menuju ke arahnya sambil matanya sibuk membaca buku di tangan. May tidak perasan kehadiran Jun yang hanya 10 cm dihadapannya. Dan... Bump!
"Sorry! Leka baca buku tadi." May mengutip bukunya di sudut koridor. Dia tidak melihat siapa yang dilanggarnya. Atau apa yang melanggarnya. Tapi dia tahu itu salahnya. Baca sambil berjalan. Siapa yang ajar entah.
Jun terkesima. May bersuara! Merdunya suara May. Lunak mendayu. Walaupun May hanya sebut lima patah perkataan je. "Its okay. Do you mind?" Jun menghulur tangan. May mendongak. 'zirafah!'
May teragak agak mahu menyambut huluran itu. 'nak ke tak? nak ke tak?' Dan akhirnya tangan Jun digapainya. "Thanks." Balasnya sepatah. Terus May cepat cepat tarik tangannya dari pegangan tangan Jun. Suasana diam.
"Err. Aku Jun." Jun hulur tangan sekali lagi. Tanda perkenalan. May pandang tangan Jun. Kemudia matanya beralih ke muka Jun. Dia nampak Jun senyum. 'not bad' hatinya berbisik nakal.
"Aku May." Huluran tangan Jun berbalas.
"Aku tahu."
"Aku pun tahu kau Jun." Riak wajah Jun terkejut. "Kau tahu aku? Kau tahu aku wujud kat sekolah ni?" May ketawa dengan soalan Jun. 'mestilah aku tahu. bodoh.' "Aku pun pelajar kat sekolah ni. Kau kan atlet sekolah."
May mula bergerak menuju ke kelasnya. Tanpa sedar, Jun mengiringi di sebelah. "Aku teman kau balik kelas." May diamkan sahaja. "Tadi sorry sebab Agus terlanggar kau." Jun mengumpan perhatian May.
May toleh ke arahnya. Muka hendak bertanya.
"Aku ada sebelah Agus tadi."
'oh. patutlah dia tahu. dia tengok aku tersungkur? damn. jatuh saham.'
Mereka tiba di depan class May. 5 Sains. "Bye." May cepat cepat masuk kelas
###########
"Aku bercakap dengan May kat sekolah tadi."
Agus tersedak. "Kau biar betul? Aku classmate dia ni, tak pernah dengar pun dia bersuara." Milo ais ikat tepi disedut dalam. Ah nikmatnya. Angin bayu pantai lembut menyapu muka Agus.
Tempat lepak Jun dan Agus selepas habis sekolah. Tepi pantai.
"Aku rasa aku nak confess lah..."
"Kat sape? May? Kau biar betul? Tunggu lama sikit lah."
"Dah cukup lama aku tunggu dia Gus." Jun membuang pandang ke laut sambil tangannya rancak menari nari di atas pasir pantai. Memang. Sudah lama dia cuba mengambil peluang untuk berinteraksi dengan May. Bermacam cara dia cuba. Bermula dengan belajar bersungguh sungguh untuk masuk satu sekolah dengan May. Tingkatan empat baru dia dapat tawaran masuk sekolah elit bestari ni. Semata mata untuk dekat dengan May.
Kali pertama dia melihat May adalah sewaktu di pasar pantai. Gadis dengan dress sleeveless paras lutut. Tidak terlalu seksi. Topi pantai besar menutupi kepalanya. Rambut ikal mayang paras dada dibiar lepas. Perfect! Dia sedang khusyuk membelek buku buku novel indie di salah satu kedai di pasar pantai. Jun menghampiri gadis itu...
"Bila kau nak confess?" Lamunan Jun terhenti. "Esok kot."
##########
May berdiri di luar kelas di kaki lima. Telinganya disumbatkan earphone. Bahunya dicuit lembut. May menoleh. Dan Jun berdiri betul betul dibelakangnya. Terlalu rapat!
'fuhh nasib baik tak tercium zirafah ni.' May berundur sedikit. 'kau dah masuk private space aku.'
Jun kaku. "Emm kau ada masa?" May angkat kening.
"Jom ikut aku. Aku benda aku nak cakap." May angguk. Dia berjalan mengikut Jun.
Diam.
Jun dihadapan sudah macam cacing kepanasan. 'nak bagi tahu harini ke? ke takpayah? mood dia macam tak okay je. dia diam je.'
Jun berhenti mengejut. May dibelakang Jun tidak perasan dan terlanggar Jun. 'aduh! berhenti tak bagi signal. tapi. bau dia. menyamankan.'
"Kenapa kau berhenti ni?" May membetulkan rambutnya. Kusut sikit lepas terlanggar belakang Jun.
Jun menoleh melihat May. "Aku..."
"Aku..." May angkat kening.
'nak cakap ke tak ni?'
"Aku..."
"Aku aku aku, kau nak bagitahu aku ape sebenarnya?"
"..." Jun sudah hilang arah. 'ah celaka kau lidah. nak kelu pulak.'
"Muka kau merah! Oh shit jangan cakap kau..."
"Aku suka kau!"
Mp3 di tangan May jatuh ke lantai. Seluruh derianya tidak berfungsi dengan baik. Semuanya senyap. Semuanya statik. Dia hanya nampak muka Jun dihadapannya. Muka Jun yang kemerah merahan. 'apa yang kau cakap ni Jun?'
"May?" Jun melambai lambai depan muka May.
"Kau jangan main main. Aku tak suka. Benda ni tak kelakar." May mula mengatur langkah mahu pergi.
"Aku tak main main. Benda ni serious. Aku tunggu jawapan kau!" Jun melaung. Pandangannya mengekori kelibat May yang semakin menghilang. Dia tersenyum lega.
##########
bersambung...
No comments:
Post a Comment