Saturday, 26 March 2016

meow

"Lia nak meow jugak! Lia nak jugak mama! Meow comel" budak kecil itu terus merengek sambil bibirnya sudah mencebik mahu menangis. 

"Tak boleh sayang. Lia baru keluar hospital sebab main dengan meow haritu." Puan Shareena mengusap lembut kepala anak perempuannya. 

Lia dilahirkan dengan masalah paru paru dan mengidap asma yang teruk. Kini Lia berumur 5 tahun dan asmanya tidak berkurang. Lia sudah masuk kelas berenang untuk kuat kan paru paru. Lia sangat suka akan kucing dan kucing juga suka kepada Lia.

"Mama mama, bila Lia boleh main dengan meow tapi Lia tak sakit lepas tu?"

Puan Shareena hanya mampu senyum. Asma Lia kekal sampai bila bila. Tiada ubat. Ubat dan aktiviti sukan sahaja yang mampu mengurangkan asma.

"Mama, Lia tanya ni." Lia memandang mamanya dengan penuh harapan.

Puan Shareena mati akal. Apa yang perlu dijawab tanpa melukakan hati Lia? Atau Lia perlu tahu perkara sebenar. 

"Lia, Lia tak boleh main dengan meow sebenarnya. Lia allergic dengan meow."

"Alaa mama, sampai bila Lia allergic dengan meow?"

"Sampai bila bila sayang."

Lia diam. Mencerna kata kata mamanya. 

"Tapi. Lia still kena jadi kuat. Untuk diri Lia sendiri. Boleh sayang?"

Lia mengangguk.

#####

20 tahun kemudian.

"Sha! Harghhhh!" Seekor kucing disuakan betul betul depan mukanya.

"Heyyy, jauh kan dia dari aku!" Sha cepat cepat menjauh kan dirinya dari kucing dan dari jejaka yang pegang kucing tersebut.

"Kau tahu kan aku allergic kat kucing! Ish! Aku masuk hospital kang cemana?" Sha mengibas badannya. Kot kot ada hama kucing melekat di baju dan seluar yang dipakainya.

Pami menjuih bibir mengejek. "Kau masuk hospital, aku jaga lah kau. Ape susah?"

"Larat ke kau nak jaga aku? Jaga diri sendiri pun tak mampu aku tengok." Jawapan pedas dibalas Sha.

"Celaka kau! Hina aku nampak." 

"Macam tak biasa bro, Hahahah" Sha gelak. Pami jugak gelak. Dia tahu gadis itu bergurau memang kasar. Satu satunya gadis yang perangai macam jantan. Dan satu satunya orang yang Pami rapat.

"Pami, aku lapar. Jom makan."

"Jom. Kau belanja."

"Okat set. Aku bayar. Pakai duit kau. Hahahah!" Sha terus blah jalan menuju ke cafe hostel. Boleh tahan sedap makanan kat situ.

#####

"Aku rindu nak main main dengan meow." Sha membuang pandang ke langit yang membiru. Dia dengan Pami selalu lepak tepi tasik.

"Kau mana boleh dekat dengan kucing." Pami menegah.

"Tapi aku teringin sangat nak belai meow. Meow comel."

Pami memandang Sha. Karakter Sha yang dia sorang je tahu dan perasan. Sha lembut hati bila cerita pasal kucing. "Haaaa! Aku tahu! Birthday kau lagi two weeks kan? Nanti aku bagi kau kucing. Kucing ni gerenti kau tak allergic."

"Mana ade kucing aku tak allergic. Kau tipu. Dah la, aku nak balik." Sha bangun. Mukanya masam. Rasa kena tipu bulat bulat. False hope betul.

#####

Ada bunyi orang ketuk pintu rumahnya. Sha bukak pintu dan sebuah kotak paras lutut berada di situ. Kemas berbalut dengan pembalut hadiah bercorak 'Just For You' berlatar belakangkan color turqoise. Lawa. Ada kad kecil tertampal kemas.

Sha ambil kotak tersebut bawak masuk rumah. Dia keluar balik, menoleh kiri kanan di ruang koridor. Kosong. Tiada orang. Pintu rumah ditutup dan dikunci.

Kotak paras lutut dibelek. Kad kecil dibaca. "To: Shalia Ilyani. Happy Birthday Sha. If kau bukak hadiah ni, means kau pun rasa apa yang aku rasa. From: Fahmi Izzuddin" 

Sha senyum. Dia tahu dia juga rasa apa yang Pami rasa. Sha membuka hadiah tersebut dan...

"What the??! Comelnyaaaa meow ni!" Sha terus peluk dan cium plush toy seekor kucing hitam yang merupakan karakter kartun sylvester and tweety bird. 

Dan dia tahu dia takkan allergic langsung dengan meow pemberian Pami.

Sha masuk dalam biliknya membawa besama meow barunya yang comel.

"Mama, Lia dah ada meow sendiri. Pami yang bagi." Shalia Ilyana bercakap dengan foto Puan Shareena. Mamanya sudah meninggal dunia 6 tahun lepas disebabkan radang paru paru.

"Mama, Lia kuat. Lia lagi kuat sekarang sebab ada Pami. Pami selalu jaga Lia macam mama jaga Lia dulu."

#end#

No comments:

Post a Comment