Ali berjalan seorang diri melewati taman permainan itu. Dia hanya berseluar jeans straight cut biru, t-shirt lengan panjang hitam dengan tulisan empat huruf dibahangian dada, rambutnya melepasi bahu dibiarkan lepas disinari matahari senja.
"Mana dia ni? Kata suruh tunggu sini." Ali melihat jam tangan. Dia tak lambat pun. Tepat pada waktunya. Dia masih tercongok sambil matanya ligat melilau memerhati sekeliling. Tiada bayang orang yang ditunggu.
Setengah jam berlalu. Matahari sudah melabuhkan tirai. Taman permainan beransur gelap dan senyap, hanya bunyi cengkerik menghiasi suasana. Ali beredar dengan hati yang bercampur baur. Kecewa, marah, sedih.
Ting!
Whatsapp notification masuk.
'Nak pergi mana? Kan suruh tunggu kat situ.'
Ali terus menoleh ke kiri dan kanan. Kosong. Tiada siapa si situ. Bahu Ali dicuit dari belakang.
Zass! Meremang terus bulu romanya. Perlahan-lahan dia pusingkan badannya, satu susuk tubuh sedang berdiri di belakang. Disebabkan cahaya lampu dari arah belakang, si pemilik tubuh itu tidak dapat dikenalpasti oleh Ali.
"Hey. I'm here. Muka macam nampak hantu kenapa?" Dia menegur.
Ali diam. Masih tergamam.
"Kk.. ka.. kau datang." Ali tersenyum. Orang yang ditunggu telah tiba. Hampir sahaja dia menitiskan air mata kegembiraan. Tapi kena cool. Control sikit.
"
No comments:
Post a Comment