Sunday, 14 October 2012

manusia III

Bismillahirrahmanirrahim.
Saat final datang menyerbu 
Seribu satu celaru datang bertalu talu.
Saat jiwa berkobar ingin cepat selesaikan apa yang patut diselesaikan
Seribu satu alasan muncul tanpa jemu.
Saat terukir senyuman di bibir
Seribu satu rintihan menghempap bergilir gilir.
Saat otak bersusah payah memerah keringat
Seribu satu suntikan adrenalin mengalir dalam badan.
Saat semuanya berjalan dengan lancar
Seribu satu kesyukuran terucap tanpa henti.

Jiwang bukan ? sampai tahap karat ? belum lagi ? Alhamdulillah.

Berkawan dengan kau adalah bonus. Aku pernah cakap. 
"awak ni tak stabil tahu ?" Berkali kali kau bilang.
Kau manusia paling ambil berat pernah aku jumpa dalam dunia selain orang tua aku.
"awak jangan lupa makan tahu ?" 
"awak jangan tidur lambat tahu ?"
"awak jangan lupa solat tahu ?"
Aku senyum dan angguk. Diam. Tergelak kecil. Kau sangat baik. Terlalu.

"hati dia lembut, bukan macam kau; keras macam batu..."
"...andaikata kau jumpa orang lain yang macam dia, aku nasihat kan kau satu je. Kau jaga lah dia elok elok sebab dia yang akan jaga kau satu hari nanti."
"...aku tak pernah tengok dia sayang orang macam ni selain family dia. Kau orang pertama yang buat dia sayang sampai macam tu sekali. Aku tak tipu bohh..."
Pabila manusia manusia lain berbicara. Aku melihat dari pelbagai sudut berbeza. Menarik.

Untuk kau, terima kasih. Untuk aku, terima kasih juga. Untuk mereka, juga terima kasih.

p/s : people change everyday but memories remains the same for your whole life.
my hero <3



No comments:

Post a Comment