Wednesday, 17 October 2012

beban

Tarik nafas dalam dalam. Hembus perlahan lahan. Rasa apa ? Lega ? Nahhh. Sama je. Haha.
Mula bicara. Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Final paper selesai. Hanya perlu menunggu. Debaran tidak pernah hilang. Oh result. Berserah.
Satu masalah selesai. Masalah lain masih setia menanti. Aku pasrah. Redha.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bertukar mood.
Kau.
Aku takut.
Aku takut.
Aku takut bila kau call aku.
Aku takut bila kau text aku.
Aku takut semuanya tentang kau.
Tapi kenapa aku perlu takut ?
Diam.
Tiada jawapan untuk itu.
Aku tanak jumpa kau lagi.
Aku tanak tengok muka kau.
Aku tanak ada kena mengena dengan kau.
Tidak mahu !
Jerit !
Jerit sekuat hati !
Jerit sepuasnya tapi siapa yang dengar ?
Hanya Allah.
Jeritan batinku tidak mampu dizahirkan di bumi yang nyata.
Aku geli.
Teramat sangat.
Geli geleman tahu ?
Geli yang meluat.
Geli yang jijik.
Geli yang geli lah !
Ahhh tidak mampu ditutur dengan kata kata.
Aku bodoh.
Aku cakap jujur.
Aku memang bodoh.
Kenapa dah lebih tiga tahu setengah baru aku sedar ?
Baru aku perasan yang pesanan mama dan ayah adalah yang terbaik.
Pesanan mama dan ayah adalah yang paling mujarab.
Kuasa Allah.
Aku kagum.
Sungguh kagum.
Kadangkala kita terlupa.
Semua perkara yang terjadi adalah caturan Allah.
Caturan yang paling kemas, paling sistematik, paling agung.
Aku akan sematkan peringatan ini rapi rapi dalam ingatanku.
Tapi kau.
Sentiasa menafikan.
Kau siapa nak mempertikaikan kuasa Allah ?
Aku dah minta petunjuk untuk kita berdua.
Allah dah bagi petunjuk.
Tapi bila aku bagitahu kau, kau marah.
Kau nak marah siapa ?
Marah aku ?
Marah Allah ?
Marah takdir ?
Jangan jadi manusia yang jahil.
Jangan jadi manusia yang fikir bertuankan nafsu.
Tolonglah.
Aku tekad.
Aku serik.
Kita perlukan closure.
Jadi kawan sudah memadai.
Aku tanak buat kesilapan yang sama lagi.
Cukuplah sekali.
Aku insaf.
Aku insaf Ya Allah.
Kau ?
Wallahualam.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"saya da buat solat istikharah, minta petunjuk dari Allah. banyak kali saya buat solat istikharah tu. saya dapat mimpi yang sama dua kali. mimpi yang saya takkan pernah jadi milik awak yang halal. setiap kali terjaga dari mimpi tu saya bawa mengucap dan istighfar banyak banyak. mimpi tu rasa nyata, rasa sangat real..."

"alaaa..kalau awak percaya sangat, baik suruh semua orang dalam dunia ni buat solat istikharah. biar diorang tahu nak kahwin dengan siapa, takpayah kahwin dengan siapa. senanglah hidup macam tu !"
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
tiga tahun lalu...
"awak jangan rapat sangat dengan dia, ayah dan mama tak suka. ayah cakap ada something wrong somewhere with him"

kini...
"cakap mama dan ayah memang betul. dia memang ada something wrong somewhere with him"

Aku menangis.
Menangis sepuasnya.
Nak menyesal sekarang ?
Tak guna dah.
Aku ambil iktibar.
Jadikan pengajaran.
Mudah mudahan aku tak buat kesilapan yang sama pada masa kini dan akan datang.
Mudah mudahan Ya Allah.
Ameen Ya Rabb.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
As for you.
From now on dah tak ada 'us' or 'kita' dalam kamus hidup aku.
Hidup aku hidup aku.
Hidup kau hidup kau.
Sekadar kawan sudah cukup.
Aku dah tak ketagih kasih sayang kau macam dulu.
Aku dah tak hadap cinta kau macam dulu.
Ini aku yang baru.
Bukan aku yang selalu mengharapkan kau macam dulu.
Bukan aku yang selalu bergantung kepada kau macam dulu.
Aku yang dulu dah mati.
Mati semahu mahunya.
Kau kena nulakan hidup baru juga.
Cari perempuan yang sama baya dengan kau.
Bukan aku.
Aku ulang.
Bukan aku.
Jangan buat benda sebab aku.
Tolonglah jangan.
Buatlah benda sebab Allah dan sebab diri kau sendiri.
Dan jangan buat benda bodoh.
Aku harap sangat kau faham.
Even kau tak faham atau buat buat tak faham.
By hook or by crook.
Kau kena faham.
Itu je aku minta dari kau.
Kefahaman.
Terima kasih.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
As for me.
Aku memang dah tekad.
Aku dah fikir masak masak.
I have to called it off.
I have to expect the worst from you.
Sebab kau jenis manusia yang kurang waras bila marah menguasai diri.
Suka cakap macam pokpian.
Cakap ikut kepala lutut dan bukan kepala otak.
Jika kau bagi respon yang positif.
Kau boleh terima hakikat dengan tenang.
Alhamdulillah.
Jika sebaliknya.
Hanya doa aku yang mampu iringi kau ke pangkal jalan.
Kau sendiri kena ubah diri kau dulu.
Orang lain sebagai backup je.
Terus terang aku cakap.
Aku maafkan kau selama tempoh perkenalan kita.
Segala hadiah, cenderamata, cenderahati yang aku pernah bagi kau dulu.
Kau simpanlah.
Aku bukan buruk siku.
Apa yang jadi lepas ni aku serah semuanya kepada Yang Maha Esa.
Aku pasrah.
Ya Allah, Kau kuatkanlah aku menempuhi dugaan-Mu ini.
Ameen Ya Rabb.
InsyaAllah.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
You respect me and my decision.
I'll respect yours.

Akhiri bicara dengan tasbih kaffarah dan surah Al-'Asr.

p/s : smile alia :)

No comments:

Post a Comment